Suami Aku Hots. Second story by Emylia Sofea:
"Assalamualaikum semua!" Fateha melaungkan salam kepada pelajar kelas 5 Amber. Semua murid terbangun. Gadis comel disebelah Fateha menarik perhatian para pelajar. Gadis itu melemparkan senyuman yang tersangatlah manis kepada mereka.
"Waalaikumsalam, cikgu Fateha!" Semua para pelajar kelas 5 Amber menjawab salam sambil berdiri tegak. Jangan peliknya, sebab semua pelajar kelas 5 Amber Muslim.
"Baiklah, semua diminta duduk.."
Damya mengangkat tangannya. "Kenapa Damya?"
"Sape sebelah cikgu tuh? Adik cikgu ke?" Tanya Damya. Tanpa disedari, ada mata yang sedang memerhatikan gadis itu dari belakang kelas. 'Hem,mangsa baru' lelaki itu tersenyum senget. Fateha tergelak.
"Takdelah, Damya.. Ni kawan baru kitalah. Comelkan?" Fateha meletakkan tangannya pada bahu gadis comel tersebut. Gadis itu tersenyum sipu malu. Ececeh..
Pelajar pelajar perempuan membuat muka menyampah. Ingat dia seorang jeke yang comel? Aku lagi comellah! Pelajar pelajar lelaki tersenyum angau.
"Haahlah, comel..." Farid menongkat dagu sambil tersenyum melihat gadis comel itu. Fadhil berdehem.
"Kau takyah nak over sangat. Jangan nak ikut sangat kakak aku tuh. Tak betul." Kata Fadhil.
"Ok dah dah! Dah jadi pasar malam dah ni."
"Mana ade malam cikgu.. Ni pagilah.. Siang. Bukan malam ni. Kalau cikgu tak caya, tengok luar tingkap tuh, cahaya terang cikgu." Kata Danial. Semua tergelak.
"Yelah Danial.. Ni pagi.. Ok, enough. Penat kawan baru kita nih berdiri." Kata Fateha. Dia bukan apa, kesian dengan gadis tuh. Dari tadi berdiri.
"Baiklah, semua senyap. Kawan kita nak kenalkan diri dia. Ok, awak boleh start sekarang." Sambungnya lagi.
"Assalamualaikum, nama saya Tuan Nurina Izara binti Tuan Syarifudin....."
"Pergh, anak tuan bhaii.."
"Patutlah comel!.."
Dia tersenyum, "ye, saya anak tuan.. Tapi awak semua jangan panggil saya tuan pulak. Awak semua boleh panggil saya Izara atau Zara.."
"Hai Zara!"
"Tak boleh panggil comel ke?"
Zara menggeleng. "Saya terpaksa berpindah kesini atas urusan kerja ayah saya, in shaa Allah saya akan cuba biasakan diri saya dalam sekolah ni. So,terimalah saya jadi kawan baru awak."
"Saya terima!"
"Erm, boleh tak saya nak tanya soalan?" Tanya seorang pelajar lelaki. Zara mengangguk.
"Boleh tak saya nak panggil awak Jo?" Berkerut dahi Zara. Apa kena mengena nama aku dengn Jo? Jauh beza wei.
"Kenapa eh?"
"Sebab i lah Jo..doh you." Semua tergelak. Zara turut tergelak.
"Wei, pickupline kau tak jadilah! Malu betul! Tengok aku nih!" Kata Farid.
"Erm, Zara.."
"Ye? Kenapa?"
"Nanti saya tunjukkan awak eh." Makin berkerut dahi Zara. Kelas ni memang pelik.
"Tunjuk apa?"
"Tunjukkan jalan ke hati saya." Jawab Farid.
"Chiaa chiaa chiaa!" Kata semua orang sambil ketawa.
Timbul perasaan gembira dihati Zara. Sportinglah diorang nih. I like!
Suasana didalam kelas kembali bising. Sebaik saja Zara selesai kenalkan diri, terus jadi bising. Mengalahkan pasar malam. Tahulah Zara tu cantik, comel, puteh, anak keturunan tuan lagi tuh. "Dah senyap! Dah macam pasar malam Dah! Ni baru dapat seorang kawan baru! Kalau 10 orang? Macam zoo rasanya." Marah Fateha.
Kelas kembali senyap. Kalau tak senyp, memang carik nahas. "Cikgu, saya kena duduk mana?"
Fateha berfikir. Yang kosong, cuma sebelah Fadhil. Nak ke Zara duduk sebelah adiknya yang gangster tuh? Kalau kena buli dengan Fadhil macam mane?
"Erm, kamu duduk.. Sebelah Fadhil ya?" Kata Fateha dengan gagap.
Zara mengangguk. Tak kesahlah sebelah siapa. Janji selesa. Tetapi Zara berasa sedikit pelik. Kenapa cikgu Fateha gagap eh? Tadi elok je? Dia tengok Fadhil tu okey je. Takde apapun..
Sudah hampir tiga minggu Zara bersekolah disitu. Apa yang dia buat semua tak kena, ada je yang tak puas hati. Hampir setiap hari dia kena buli dengan Fadhil And The Geng. Muka je nampak baik. Tapi aptitude failed! Nasiblah pandai. "Weyh Ara, sini sikitlah. Fadhil And The Gang nak buat catwalk tuh. Kalau kau tak bagi laluan, mati kau kang." Husna menarik tangan Zara. Zara berkeras.
"Hish, sabarlah. Aku nak ambik balance nih." Zara meminta baki duitnya dari makcik tadi.
"Woih minah! Kau tak reti nak ketepi ke hah?!" Tanya Fadhil dengan kasar.
Zara berpaling kebelakng. Mamat ni lagi. Dah muak aku gaduh dengan dia ni. Takde orang lain ke. Boring. "Hah? Apa tadi? Aku tak dengarlah. Yelah, aku tengah busy membeli kan.."
Fadhil mengetap bibir. Ouh, kau cabar aku ya! "Aku cakap, kau tak reti nak ke tepi ke? Ke.. Kau nak aku ajar kau?!"
"Hah? Tolong ketepi? Tak kot.. Tapi! Aku boleh ketepi kalau kau reti nak beratur. Kau ingat kantiñ nih bapak kau punya?"
Fadhil tergelak. Ameer dan Farid turut tergelak. Ikut ketua dialah tu. "Hei minah! Aku rasa, budak darjah satu pon faham bahasa tau. Kau ni tak sekolah ke? Ataupon, kau ni ketinggalan?"
Ade segelintir pelajar yang berada di kantin itu ketawa. Ade juga yang diam. Zara tersengih.
"Hei gila! Aku rasa, budak enam tahun pun reti beratur. Kau yang dah form 5 ni takkan kau tak reti beratur? Kau tak sekolah ke? Or.. Kau ni ketinggalan zaman?" Amboi ayat! King!
Semua pelajar yang berada dikantin tidak mahu terlepas drama yang tak berapa nak romantik itu. Semua rajin memanjangkan leher.
Ameer dan Farid tergelak. "Weyh, kau baik pilih Zara nih. Mulut dia lagi laser dari Dayana kau tuh. And she's cute." Bisik Farid. Fadhil memberi jelingan maut percuma buat sahabatnya itu. Farid terus tertunduk.
"Eh budak! Kau blah boleh tak?" Zara menggeleng dengan slumber. "Taknak."
Fadhil mengetap bibir. Kau ni.. Memang buat aku gila. "Oh, kau taknak pegi.." Fadhil tersenyum sinis.
Fadhil terus mengecimpung tubuh kecil Zara itu. Semua terkejut termasuk Zara sendiri. He must crazy! Zara memukul lengan Fadhil yang berotot itu. "Turunkan akulah!"
Semua pelajar perempuan yang berada dikantin terkejut. Tak pernah pernah Fadhil buat keje gila macam tuh. Nak pegang tangan girlfriend dia sendiri pon tak pernah! Lagi dengan Zara. Perbuatan Fadhil itu membuatkan Elyana marah. Kalau Elyana nak berpegangan tangan dengan Fadhil, ade aje alasan Fadhil cakap. Bukan muhrimlah, itulah, inilah.. Macam macam!
"Hish, gilalah."
"Seriously dia angkat budak baru tuh!"
"Boleh tahan doh citer diorang nih."
Berasap asap telinga Elyana mendengar bisikan dari orang ramai. Lagi berasap mata dia melihat aksi mereka itu! "Hish! Jomlah." Elyana menarik Ilya dan Marisa. Tak tahan tengok drama tuh!
"Kau tahu tak kau buat benda nih haram! Sampai tersentuh kulit aku yang cantik lagi gebu nih!" Omel Zara.
Fadhil membuat mata keatas. Menyampah dengar si pendek tu membebel. Macam mak nenek! Rasanya, nenek pon tak membebel macam tuh! Fadhil membawa tubuh kecil itu kepadang.
"Eh, kau nak buat apa nih?!"
Ade sesetengah murid pergi mengikuti mereka untuk menonton drama itu.
"Ni balasan untuk kau." Fadhil senyum sinis. Dia terus menjatuhkan Zara di atas tanah padang yang lembap dan basah itu. Habis baju kurung sekolah Zara basah lencun Dan kotor. Zara terasa sakit dibahangian punggung. Husna dan Salwa terkejut. Ameer dan Farid berasa kesian dengan Zara yang kena buli oleh Fadhil itu.
"Kau ni dah gila ke Fadhil?!" Tengking Hareez. Alamak! Geng Hareez sampai lah pulak!
Fadhil berpaling. Dia mengangkat kening sebelah. Gila? Fadhil tersengih. "Kau sibok pahal? Kau tak payah nak masuk campur boleh tak?! Ni, hal aku dengan minah ni. Kau, blah."
Zara terbangun. Alamak, ni sekor ni pahal pulak.. Menyesal aku sekolah dekat sini. Zara mendengus perlahan.
"Eh, kau ingat eh! Zara ni, aku punya.. Kau tak boleh buat ape ape. Sekarang ni, aku nak.. Kau blah! Blah la!" Tengking Hareez lagi. Hareez menarik tangan Zara. Zara membelakanginya.
"Ouh, sebab Zara punya je aku tak boleh buli dialah?!" Belum sempat Fadhil beri penumbuk dekat Hareez, tiba tiba cikgu Fateha datang.
"Woi woi woi! Pahal ni gaduh gaduh?! Sekarang dah habis rehatkan?! Kenapa tak masuk kelas lagi? Nak gaduh lagi? Nak gaduh, bukan dekat sini! Ni sekolah! Bersurai. Bersurai sekarang! Masuk kelas!" Tengking Fateha. Fadhil menjeling kakaknya itu. Fateha memberi pandangan bermakna pada Fadhil. Siaplah kau balik ni Fadhil...
Semua beransur masuk ke kelas. Hareez meninggalkan Zara disitu. Geng Hareez dan Fadhil And The Geng ditarik ke bilik disiplin. "Awak okey tak Zara? Baju awak Kotor nih." Tanya Fateha.
"Saya okey. Cuma, baju ni dah kotor.. Macam mana saya nak belajar nanti?"
Fateha berfikir. "Erm, jom. Sebab sekolah ade sediakan baju spare." Zara mengangguk tanda okey.
"Boleh jalan tak? Takpe, biar cikgu tolong ye." Fateha memimpin Zara. Husna dan Salwa turut membantu.
"Fadhil Muhammad Rasyid!!!" Bergegar gegar rumah banglo mewah itu mendengar laungan dari Dato Sufian. Berlari lari Fadhil ke ruang tamu utama.
"Iye, papa." Tergagap gagap dia menyahut. Fadhil tertunduk. Takut nak pandang muka singa papanya itu.
"Fad pegi sekolah buat ape?!" Tanya Dato Sufian kasar.
"Be.. Belajar."
"Belajar ke buli? Papa dengar Fad buli budak baru dekat sekolah tadi. Ape citer?"
Buli? Fadhil memandang kakaknya. Fateha buat buat tak tahu. "Ni mesti along bagitahukan?" Dengan beraninya, Fadhil memandang papanya itu.
"Habis tu sape lagi yang report semua nih.." Jawab Datin Lydia.
"Okeyh, yela. Fadhil pergi sekolh tadi buli orang. Tu sebab dia yang carik fasal. Kalau tak, takdelah Fad buli dia."
"Masalahnya, kamu tu kasar sangat. Dia dahlah perempuan. Lepastu kamu buli dua tu sampai dia sakit, luka tahu tak! Kalau jadi apa apa siapa nak tanggung? Mama dengan papa jugak!" Marah Datin Lydia.
Dia sakit? Luka? Aku buat sampai macam tuh? Ya Allah, ape aku dah buat ni.. "Siapa nama perempuan tuh?" Tanya Dato Sufian.
"Tuan Nurina Izara papa. Bakal isteri dia tuh." Jawab Fateha. Bakal isteri? Apa nih?
"Apa maksud along ni? Bakal isteri?"
"Kamu ni memang melampau. Buli bakal isteri kamu sendiri. Kamu tak layak jadi suami dia. Tapi nak buat macam mana. Papa dah rancang segalanya." Kata Dato sufian dengan sedikit kesal.
"Apa ni, tak fahamlah!"
"Mungkin dengan cara nih, boleh membuatkan kamu berfikiran lebih matang sayang."
"Cara ape?"
"Kahwin."
"What?!"
"Kahwin?" Tuan Syariffudin dan Puan Shahila mengangguk.
"Mummy, daddy.. I'm still young. Ara mana tahu hal rumah tangga.. Satu benda pon tak tahu."
"Sayang, nanti bila you dah masuk alam perkahwinan you tahulah.. Okey sayang.." Pujuk Puan Shahila.
"Taknak. Ara taknak. Ara nak abang kahwin dulu. Lepas abang, baru Ara." Zara memuncungkan bibirnya lalu berpeluk tubuh.
"Abang tu kan sekarang tengah belajar kat UK.. Lepastu abang kata nak belajar dulu, and than kahwin. Tapi Ara pulak, daddy dah rancang dengan kawan daddy yang kitaorang akan kahwinkan Ara dengan anak dia." Kata Tuan Syariffudin.
"Tapi Ara pon nak belajar dulu, baru kahwin. Ara ni tak habis belajar, tak keje lagi Dah kena kahwin. Taknaklah."
"Ara, please. Kitaorang dah rancang dah. Lagipon mummy dengan daddy dah sediakan segalanya. Rumah, duit, car driver.. Semualah." Pujuk mummynya lagi. Hish, budak nikan. Susah betollah.
Rumah? Maksudnya, aku dengan dia kena.. "Kitaorang kena sebumbung ke?" Mummy dengan daddy nya mengangguk.
Zara pengsan. "Eh, Zara!"
Fadhil terasa ingin pengsan dengan apa yang didengar tadi. Rasa macam tak percaya je. "Seriously? Fad rasa macam tak percaya je. Betul ke yang lagi dua minggu? Kena kahwin dengan Zara tuh?"
Dato Sufian dan Datin Lydia mengangguk. "Angah jangan nak buli dia lepas kahwin nanti."
Kcing! Keluar satu idea dikepala Fadhil. Dia tersengih. "Don't worry mama. Fad akan jaga dia elok elok. Fad akan sayang dia.."
"Baguslah kalau macam tu."
"Hem, jomlah makan. Nanti sejuk pulak lauk tuh. Buat penat je mama masak tadi." Ajak Datin Lydia.
Hem, tunggulah kau nanti Zara.. Tunggulah kau.
"Math, done. Sains? Done. Okeylah. Sekarang, nak makan." Zara memasukkan buku bukunya didalam beg. Almaklumlah, spm lagi berapa bulan je.. Kenalah study hard.
Tiba tiba dia terdengar seseorang berdehem. Dia berpaling. "Eh, Hareez! Awak pon stay back ker?" Hareez tersenyum.
"Haah. Tapi saya study kat dewan tuhah. Awak seorang jeke?" Hareez melabuhkan punggungnya disebelah Zara.
"Eh, taklah mana Ade seorang.. Saya dengan Salwa tadi. Tapi dia kata nak pegi beli air dekat mesin sana tuh." Zara ternampak ade dua bungkusan makanan ditangan Hareez.
"Awak makan dua dua tuker? Banyaknya. Awak tak makan ke pagi tadi? Rajin awak belajar ye."
Hareez tergelak. "Saya memang rajin.. Tapi saya taklah rajin makan dua dua nih. Actually, satu lgi ni untuk awak.. Awak mesti laparkan?"
Zara tersenyum. Macam tahu tahu je. "Thanks ."
"Welcome.. Saya tahu awak lapar. Lagipon, saya ade duit lebih tadi. So, saya belikan untuk awak sekali." Katanya.
Wow. Dia tahu.. Piweet. Powerlah. Kalaulah dia ni bakal suami aku.. Mesti kat sekolah and kat umah berkepit je. Herm, bestnya! Zara mula berangan. "Herm, awak kata awak tahu yang saya lapar. Macam mana awak tahu? Awak ade power jenis ape?"
Hareez tergelak. "Haha, apalah awak ni. Saya ni manusia biasa macam awaklah. Saya mana ade power.. Saya tahu ni sebab, tadikan awak study.. Lepastu mesti awak rasa lapar. So, saya belikanlah awak nasi ni."
"Ouh,.. Baguslah awak ni. Fikirkan orang lain jugak. Bagus!" Bangga Zara. Hareez tergelak.
"Erm, Zara.."
Eh, tetiba je ni. Kenapa pulak ni? Zara pelik. "Kenapa?"
"Saya nak cakap sikit boleh tak?"
Zara pula tergelak. "Alah awak ni, cakap jelah.. Kenapa?"
"Erm, sebenarnya...."
"Sebernanya??"
Belum sempat Hareez nak cakap, tiba tiba Salwa potong. "Ehem,. Sembang tak ajak.." Hareez dan Zara memandang Salwa.
"Ape? Ouh, aku salah waktu ker? Sorilah. Takpe, korang boraklah dulu. Aku beli donat kejap." Salwa mengundurkan dirinya. Tidak mahu mengganggu Hareez dan Zara.
"Ape awak nak cakap tadi? Salwa tu kacaulah."
"Erm, takde apalah. Saya.. Tak jadi nak cakap. Herm, saya.. Pegi dululah. Lagipon Salwa dah sampai tuh." Hareez beredar dari situ sebaik saja Salwa kesitu.
Zara memandang tepat pada anak mata Salwa. "Apa?"
"Kau tahu tak kau kacau tadi? Kalau tak, aku dapat tahu apa yang dia nak cakap tau. Kau ni potonglah!" Marah Zara. Salwa mencebik.
"Manelah aku tahu. Lain kali kau letak sign board. 'Jangan mengganggu kami untuk berdua duaan'. Lain kali letak tau. Biar semua orang termasuk aku. Tak kacau kau." Giliran Zara pula mencebik.
"Yelah, next time.. Aku buat macam tuh. Nanti aku suruh daddy aku buatkan."
Zara membuka bungkusan nasi goreng itu. Ya Allah baunya.. Sedap yang amat! "Pakwe kau bagi eh?"
Pakwe? Sejak bila Zara ade pakwe?? "Siapa pakwe aku tuh?"
"Siapa lagi? Hareez tadilah. Hish kau nih.. Buat buat tak tahu pulak dah.."
Zara mengetuk kepala Salwa. "Kau ni jangan nak merepek ye. Ni memang dia bagi. Kenapa? Jealous?!"
Salwa menggeleng. "Takde masa aku nak jeles dekat kau."
"Erm, Salwa. Esok hari ape?" Tanya Zara tak masuk akallah soalan tuh. Salwa buat buat berfikir.
"Hari ape eh?? Hari Rabulah! Kau ni.. Kenapa kau tanya? Tak tahu hari dah ke?"
"Takdelah. Saje tanya.."Lagi seminggu aje. Ya Allah, masa berlalu dengan cepat. Aku tak bersedia lagi. Ape kata Husna dengan Salwa kalau diaorang tahu semua nih? Siapa lelaki tuh? Siapa bakal suami Zara itu?
Datin Lydia dan Puan Shahila berfikir. Herm, sesuai ke tu dengan Zara? "Okey tak, mummy? Mama?" Tanya Zara sambil berpusing pusing. Syok pakai gaun nih.
"Herm, tak." Kata Puan Shahila. Zara memuncungkan bibirnya. Ni dah masuk ke lapan kali dia try baju. Semua cantik. Apa lagi yang kurang??
"Ara, you tak sesuailah dengan baju jenis macam nih. Sebab ade labuci labuca labucu.. Er, what everlah." Komen Datin Lydia.
"Then, ape yang sesuai dengan Ara?"
"Herm,.. Try yang ni. Sebab dia tak banyak sangat labuci labuca tuh." Datin Lydia menghulurkan gaun nikah itu kepada Zara.
"I hope last."
15 minit kemudian...
"Mama, mummy." Serentak mereka berdiri. Tergoda dengan kecantikan gaun yang disarung pada tubuh kecil Zara itu. Orangnya tak ker?
"Wow, you look so gergous beauty!" Puji Datin Lydia.
"Yes! Akhirnya! Jumpa jugak baju yang sesuai!" Puan Shahila berasa lega. Zara turut berasa lega. Kalau ni pon tak sesuai, kejap lagi kalau try lagi.. Dah masuk ke 10. Banyaknya!!
"I want this." Kata Puan Shahila pada pekerja perempuan itu. Dia mengangguk.
"Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Nasib baik diaorng nikah je dulu. Sanding tahun depan. Kalau tak, busy lah kita ye." Datin Lydia berasa lega apabila semuanya dah selesai.
"Itulah, lega sangat. Kalau boleh tahun depan nak kahwinkan si Ameerul sekali. Senang." Kata Puan Shahila. Senang terus kahwinkan dua dua. Habis tanggungjawabnya. Tapi dia tetap menjaga dan memerhatikan anak anaknya itu.
"Apa kata kita kahwinkan Ameerul dengan Fateha? Kan senang." Cadang Datin Lydia. Puan Shahila Cuba berfikir. Herm...
"Betul jugakkan! Senanglah keje kita. Almaklumlah, kita ni anak ade dua je. Sepasang lagi tuh."
"Amboi, seronok ye berborak.. Borak ape tuh?" Zara melabuhkan punggungnya disebelah mummynya.
"Takde apelah. Ouh ye. Kamu taknak tengok gambar bakal suami kamu tuker? Tak teringin nak tengok? Sebab mama ade gambar dia nih." Tanya Datin Lydia. Zara menggeleng.
"Alah, lusa aje nak kahwin.. Nanti dapatlah tengok muka dia. Kalau dia hensem sesangat, nanti Ara nak tatap muka dia puas puas." Kata Zara.
Datin Lydia dan Puan Shahila tergelak. "Yelah, Ara tataplah muka dia puas puas ye.."
"Mummy harap sangat Ara akan bahagia dengan dia.. Mummy doakan Ara dengan dia happy sampai bila bila. And mummy harap hubungan korang kekal sampai ke Jannah." Doa Puan Shahila. Datin Lydia mengangguk.
"Mama harap anak mama tu akan jadi suami yang terbaik untuk Ara. Kamu jangan gaduh gaduh dengan dia. Cakap baik baik. Jangan jadi derhaka. Okey?" Nasihat Datin Lydia. Oh, terharunya dengar!!
Zara mengangguk. "Ara janji! Ara janji, akan jadi isteri yang terbaik, Ara janji akan bahagiakan dia. Ara janji, yang Ara tak akan derhaka dengan bakal suami Ara. Ara janji.. Ara tak gaduh dengan dia. Ara janji, Ara cakap baik baik dengan dia. And, Ara janji.. Ara jaga hubungan kitaorang sam...pai ke Jannah. Ara janji." Zara berikrar.
Zara terfikir. Boleh ke aku? Bersediakah aku? Boleh ke aku cinta dia? Terharu Datin Lydia dan Puan Shahila mendengar. Sejuk hati.
"Janji ya? Jangan hampakan kami. Kami harap sangat inilah yang terbaik untuk kamu berdua." Zara mengangguk laju. Dia memeluk mummy dan mamanya.
Boleh ke aku? Layakkah aku untuknya??
Kiri. Kanan. Kiri. Kanan. Kiri. Kanan. Kusut Zara! Zara takboleh berhenti berfikir. Dup dap dup dap! Berdegup degup jantung Zara. Dah macam kereta api!
"Woih, berhentilah! Kau ni.. Aku sepak kang!" Marah sepupunya itu. Dari tadi kehulur kehilir. Non stop!
"I can't stop! Aku takut!!"
"Hish kau nih, kau kena relaks. Kau kan dah janji dengan Maksu dengan Datin.." Pujuk Qhaireen. Qhaireen tarik Zara duduk diatas kerusi.
"Yeah, but not ready yet! Aku takutlah. Kau gantikan tempat akulah. Aku nak lari. Aku bukak baju ni.. Kau pakai. Okeyh?" Zara menjadi gila. Dia semakin buntu.
"Zara, kau jangan buat kerja gila Zara. Lagi 8 minit je weyh.. Kau kena rileks okey.. Kau tak boleh macam nih. Berzikir dalam hati. Jangan hampakan orang tua kau. Aku tengok maksu tu happy gila tadi. Kau jangan buat dia sedih pulak. Kesian dia. Dia nak tengok kau bahagia beb. Aku, as your cousin, nak tengok kau happy jugak. So, tolonglah. Tolong jangan hampakan diaorng." Qhaireen memegang kedua dua tangan Zara.
Zara baru tersedar. Dia sedar yang dia kini di alam nyata. Bukanlah khayalan. Bukan cerita novel atau drama. Ini realiti.
"Kau kena buat. Kejap lagi kau jadi tunang orang and malam ni.. Kau jadi isteri orang.. Kau, boleh. Aku tahu kau boleh." Zara memeluk Qhaireen.
"Thanks,. Sebab kau bagi aku kata kata semangat."
"Ala, Takde ape sangatlah. Dah. Lap air mata kau yang jatuh tadi tuh. Mekap kau cair. Pandai pandailah kau betulkan. Lagipon kau kan selalu pakai mekap, so mesti kau reti betulkan mekap tuh." Qhaireen menghulurkan tisu.
Tok! Tok! "Zara dah siap?" Zara mengangguk.
2.40 pm
Perlahan lahan Datin Lydia menyarungkan cincin di jari Zara. Air mata beransur membasahi pipi Zara. Sedihnya, dah jadi tunang orang.. Bukan air mata gembira, tapi sedih!
Senyum Zara senyum! Zara memaksa dirinya senyum. "Tisu." Bisik Zara ditelinga Qhaireen. Qhaireen menghulurkan tisu padanya.
Ckik! Ckik! Satu satu gambar yang diambil. Jadi kebas mulut Zara nak kena senyum je dari tadi.
Hanya saudara mara terdekat saja dijemput hadir dimajlis pertunangan dan pernikahan mereka. Almaklumlah, perkahwinan Zara dan Fadhil tidak diketahui ramai.
"Ara, sini kejap." Panggil Puan Shahila. Zara membuntuti mummynya ke dapur.
"Kenapa mummy? Ade problem ker? Mummy nak batalkan pertunangan ni? Zara okey je."
"Heys, bukanlah! Mummy saja panggil.. Kamu ni, pikir bukan bukan aje."
Ala, bukankah.. "Habis, dah kenapa tiba tiba mummy panggil ni? Ade hutang?" Zara berpeluk tubuh.
Mummy memegang kedua dua tangan anaknya itu. "Anak mummy dah jadi tunang orang dah.."
"So? Mummy memang nakkan?" Zara memandang tempat lain.
"Zara, please. Janganlah macam ni, Ara dah janjikan.. Please okey? Mummy cuma sedih je. Lepas ni takde sape nak teman mummy pegi shopping, tengok movie.. Mummy seorang lah.."
"Padanlah muka. Sape suruh Zara kahwin."
Puan Shahila mendengus perlahan. Hesh, budak nih.. "Hish, susahlah nak cakap dengan Ara nih."
"Dah tahu susah tu, jangan cakap dengan Ara!" Zara terus meninggalkan mummynya. Puan Shahila merengus.
"Hish! Sanalah!"
Qhaireen pelik. Dah kenapa dia ni? Marah tiba tiba. "Kenapa tu?" Tanya Qhaireen.
"Merajuk.." Jawab Puan Shahila dengan sedikit kesal.
8.50 pm
"Adoi! Akak ni, pakaikanlah tudung tu betol betol. Sakit tau. Sampai kena pin tu dekat kepala saya tau." Marah Zara. Semua pelik. Siang tadi okey aje. Malam ni tiba tiba nak marah je. So weird.
"Woih, kau ni dah kenapa asyik memarah je hah? Period ke? Kalau kau period, kesianlah suami kau malam nanti." Gelak Qhaireen. Zara memberi pandangan tajam. Kentut kau aku period!
"Erm, belum siap ker? Lagi 10 minit je nih." Risau Puan Shahila. Yelah, dia takut anaknya itu buat masalah. Almaklumlah, budak taknak kahwin.. Ade aje alasan dia.
"Belum." Jawab Zara datar. Puan Shahila mengeluh. Dia marah lagi.
"Cuma tinggal nak betulkan tudung je nih, Puan. Mungkin mengambil masa 2 minit." Kata Suraya.
"Herm, kalau macam cepat cepatlah ye. Semua dah bersedia tuh." Suraya mengangguk lalu dia menyambung membetulkan tudung Zara tadi. Kalaulah Zara tak buat perangai, takde jadi macam nih.
"Okey, done! Kau sini. Dengan aku. Jangan nak lari." Qhaireen menarik tangan Zara. Zara dari tadi asyik berfikir. Siapa bakal suami aku tu? Tua ke muda? Hensem ke hodoh? Tinggi ke rendah?? Haraplah dia tak miang. Ya Allah, apelah yang bakal terjadi malam nanti. Zara bergigil gigil. Nervous!
"Wah, cantiknya Tuan Nurina Izara kita nih.. Sori ye Fadhil, puji bakal isteri awak." Puji Qayyum iaitu MC majlis pernikahan Zara dan Fadhil. Semua tergelak.
Zara berjalan ke pelamin diiringi oleh Puan Shahila dan Qhaireen. Baju nikah yang tersarung di tubuh Zara menarik perhatian orang ramai. Cantik sangat! Orangnya pon cantik jugak.
Zara tidak nampak bakal suaminya itu dengan jelas. Iyelh, wajahnya ditutup oleh kipas yang dipegang oleh sepupunya iaitu Maya dan Qhaireen. Buat penat je mekap cantik cantik pastu kena tutup pulak.
"Siapa suami aku tuh, Maya?" Bisik Zara pada telinga Maya. Maya menjungkit Baju
"Kau akan tahu kejap lagi." Jawabnya. Zara mencebik. Perlu ke berahsia sekarang ni? Hish.
"Aku nikahkan dikau Fadhil Muhammad Rasyid bin Dato Sufian dengan anakku Tuan Nurina Izara Binti Tuan Syariffudin dengan mas kahwinnya, RM 4000 tunai."
"Aku terima nikahnya Tuan Nurina Izara Binti Tuan Syariffudin dengan mas kahwinnya, RM4000 tunai."
"Sah?" Tanya Tuan Syariffudin kepada saksi saksi yang lain.
"Sah!!!"
"Alhamdulillah..."
"Siapa tadi? Aku tak dengar dengan jelaslah." Tanya Zara ditelinga Maya. Aih, tak dengar? Guna mikrofon kut tadi.
"Fadhil Muhammad Rasyid bin Dato Sufian, Zara.." Bisik Maya.
Zara tidak percaya. Dia terasa ingin pengsan. Adakah betul apa yang berlaku tadi? Aku, kahwin dengan Fadhil? Musuh ketat aku dekat sekolah? Aku isteri Fadhil? Aku.. ??
Zara pengsan. "Eh, Zara!"
Maya dan Qhaireen mengipas kipaskan Zara yang pengsan itu. "Ya Allah Zara.."
"Fadhil, angkat Zara masuk bilik sekarang. Cepat!" Arah Dato Sufian. Fadhil mengangguk. Dia terus mengangkat Zara naik keatas. Nasib baik kau ringan Zara. Fadhil terfikir seketika. Ini, kali kedua dia dukung Zara.
"Maya, bawakkan air masak ke atas. Bagi Fadhil. Cakap dekat dia, bagi Zara minum kalau dia dah sedar." Arah Puan Shahila. Ya Allah Zara.. Kenapa ni?
"Fadhil, macam mana? Ara dah sedar? Lama tuh dia pengsan." Tanya Datin Lydia. Dia bukan ape, risau. Dari pukul 9 tadi pengsan. Sekarang dah pukul 10. Lebih kurang sejam dah dia pengsan. Fadhil menggeleng.
"Belum ma. Dia still pengsan." Jawab Fadhil.
"Fad pegilah makan dulu. Biar mama tengokkan Ara."
"Fad dah makan dah tadi. Fad nak ambikkan makanan untuk Zara. Bila dia sedar, terus Fad bagi dia makan. Dia pengsan sebab gastrik kot." Fikir Fadhil. Manelah tuh, nervous sangat sampai tak makan lagi..
"Herm, baguslah kalau macam tuh. Suap isteri. Dia bila sedar mesti still lemah." Kata Datin Lydia. Fadhil hanya mengangguk. Tak tahu macam mana harini boleh jadi baik sangat. Maybe becuz Zara tu.
"Fadhil, bagi ni dekat Ara. Bila dia sedar, mesti rasa lapar. Almaklumlah, tak makan dari siang tadi... Suap dia tau. Kalau dia sakit, dia memang mengada sikit. Biasalah, anak bongsu.." Kata Puan Shahila. Betullah dia tak makan lagi. Fadhil mengangguk. Puan Shahila menghulurkan nasi minyak itu kepada Fadhil.
"Mummy janganlah risau. Fadhil akan jaga dia mulai sekarang. Ini tanggungjawab Fadhil." Puan Shahila mengangguk. Dia sedar yang anak bongsunya itu sudah mempunyai suami sekarang. Ni semua salah dia sebab terima semua ni. Dia berasa sedikit kesal.
"Fadhil janji ya. Jaga dia untuk mummy, daddy. Ara tu macam budak kecik. Semua dia nak dengan mummy dia. So, Fad biasakanlah dia dengan Fad."
"Fad akan jaga dia sebaik yang mungkin mummy. Fad janji." Janji Fadhil. Boleh ke aku?
"Okey, pergilah tengok Ara tuh. Maybe dia dah sedar. Mummy nak kemas dapur dulu. Mummy harap kamu tak apa apakan dialah malam ni." Kata Puan Shahila lalu beredar dari situ. Tak apa apakan dia malam ni? Maksudnya,.. Glurp! Fadhil menelan air liur. Ofc tak. Dia pon tak bersedia dengan semua tuh.
Fadhil membuka pintu bilik itu perlahan lahan. Terlihat Zara masih terbaring diatas katil. Pengsan lagi lah tuh. Dia menutup pintu lalu meletakkan pinggan itu di hadapan televisyen. "Zara sayang.. Bangun.."
"Erm.. Mummy.." Zara memanggil nama mummynya tetapi matanya masih tertutup. Ni mesti dia tidur nih. Fadhil menggeleng perlahan.
"Zara, aku.." Zara menarik tangan Fadhil lalu memeluk tangan Fadhil itu. Fadhil terkejut.
"Mummy, Ara taknak pegi sekolah.. Nanti kena marah dengan zirafah tu.. Ara takut." Kata Zara perlahan. Matanya bertutup. Sekali lagi Fadhil terkejut. Zirafah? Aku ke zirafah tu? Dia gelar aku zirafah? Jilake punya isteri. Eh, tak baik kata isteri awak macam tuh!
"Mummy, kenapa tangan mummy ade bolo?? Macam lelaki." Tanya Zara perlahan. Bulu? Alamak.. Zara membuka matanya perlahan lahan. Secara automatik dia terus terduduk. Fadhil tergelak terbahak bahak.
"A.. Ape kau buat.. Da.. Dalam bilik.. Aku?" Tanya Zara dengan suara bergetar getar.
"I'm your husband now, Ara. You're mine! How dare you! Gelar suami sendiri zirafah." Fadhil bercekak pinggang.
"I'm, yours? Aku, wife kau? Eii, in your dreamlah!"
"Dahlah Zara. Sekarang ni, aku taknak mencetuskan perang ketiga. So, baik kau senyap." Zara mengangguk perlahan.
"Macam mane kau tahu aku gelar kau zirafah?"
"Dari tadi aku jaga kau kat sini. So, aku tahulah. Hem, cantik rambut kau." Rambut? Zara menarik selimut ke kepalanya. Dia tutup rambutnya yang terdedah. Malunya..
"Enough Ara. I'm your husband now. Jangan malu dengan aku. Erm, kau mesti laparkan. Aku ade bawakkan makanan untuk kau. Tapi ni mummy kaulah yang amikkan." Kata Fadhil. Zara terharu. Wow, si gangster ni buat semua nih? Zara mengangguk. Memang lapar pun!
Zara berdiri dan cuba berjalan ke bilik air. Gedebuk! "Adoh.." Fadhil tergelak. Taknak mintak tolong!
Fadhil mendukung isterinya itu lalu dibawa ke bilik air. Dia cucikan muka Zara. Zara terkedu. Dia buat semua ni? "Herm, cantik muka kau bila tak pakai mekap."
Dia mendukung isterinya itu semua dan membawanya duduk di atas katil. "Kau duduk. Aku amik nasi kat situ jap." Fadhil mencapai pinggan yang berisi nasi minyak itu. Zara tidak terkata.
"Fadhil sini kejap." Fadhil mengangkat kening sebelahnya. Fadhil menghampiri isterinya itu. Zara menyentuh dahi Fadhil. Eh, tak panas. Fadhil pelik.
"Kenapa?? Kau ingat aku demam eh?" Zara mengangguk.
"Yelah, tiba tiba je kau baik. Susah nampak kau baik macam ni. Yelah, selalunya kau buli orang.. Carik gaduh dengan orang.. Mana pernah kau jadi baik macam ni." Kata Zara. Sekali lagi Fadhil mengangkat kening sebelahnya. Tak pernah dia kata?
"Kau ingat aku ni setiap masa ke buat dosa hah? Aku pon baik jugaklah! Aku ni, tak pernah tunjuk baik aku dekat orang tau. Kaulah orang pertama yang nampak aku buat baik." Katanya.
Orang pertama? Zara berasa sedikit bangga. "A.. Aku? Orang pertama yang nampak kau buat baik? Maknanya, sebelum ni kau buat jahatlah? Tak pernah buat baik? Solat?"
"Hish, solat tu dah semestinya. Maksud aku adalah buat baik macam tolong orang.. Macam tuh. Buat jahat tu.. Maksudnya, aku tak pernah nak tolong sesiapa.. Hah, paham?" Zara mengangguk faham. Ouh, macam tu ker..
"Bukak mulut kau." Bukak mulut?
"Kenapa pulak aku..." Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya, Fadhil membuat CPR mengejut. Terkejut beruk Zara. Tulah kau Zara.. Taknak dengar cakap dia. Kan dah kena.. Hampir seminit mereka berkeadaan sebegitu. Zara tak tahu kenapa tangannya tidak mahu menghalang Fadhil.
"Lain Kali, bila aku suruh bukak mulut tuh, bukak jelah.. Aku cuma nak suap kau makan je. Jangan salah faham pulak. Aku tak berniat nak buat macam tuh.. Aku.." Belum sempat Fadhil menghabiskan ayatnya, Zara memotong.
"Takpe. Aku faham. Tu semua nafsu kau, lagipon kau dah jadi suami akukan? So,.. Takpelah. Aku tak marah pon. Its okeyh." Nafsu? Fadhil menggeleng. Ape pulak?!
"Mana ade.."
"Aku lapar. Ape kata kau suapkan aku cepat? Kejap lagi aku nak tidur." Potongnya. Dia tidak mahu mendengar ape ape. Ala, malu je tuw.. Fadhil hanya mengangguk. Tak tahulah kenapa dia boleh jadi macam ni. Kalau dengan girlfriend dia tuh, herm.. Pegang tangan pon taknak. Ni lagi dengan perempuan lain. Eh, lain ke ni??
Uwargh!! Cantiknya rumah banglo ni!!! Terlompat girang Zara melihat kecantikan dan kekemasan rumah banglo itu. "Ya Allah.. Cantiknya rumah ni.. Pandai daddy pilihkan rumah untuk aku."
"Eh eh eh.. Sesedap mulut kau je kata rumah ni rumah kau. Ni rumah kita. Istana kita yang perlu dibina atas dasar cinta yang unggul." Kata Fadhil. Zara membuat muka menyampah. Istana konon.
"Eh, pakcik! Kita ni kahwin atas kertas je eh! Tak payah sampai nak kena bina istana bagai. Atas dasar cinta kentut kau!" Jeling Zara lalu dia berlari naik keatas untuk memilih bilik. Dia membuka pintu perlahan.
"Assalamualaikum.. Eh, kenapa aku bagi salam? Bukan takde orang ker? Arh! Lantaklah." Omelnya sendiri. Zara melompat naik ke atas katil. Ui.. Syoknya tidur atas katil nih!!
Zara melompat lompat. Dia ketawa sendirian. "Lompat! Lompat! Lompat! Ahh!!" Tengah syok syok melompat atas katil tiba tiba dia terasa kakinya tersungkur. Gedebuk! Dia terus terbaring. Kedengaran Fadhil sedang ketawa. Sedap kau gelakkan aku ye..
Zara terduduk. Dia mengusap usap kakinya. Aduh.. "Haha, tulah main lagi lompat lompat.. Kan dah terpeleot.. Haha padan muka." Ejek Fadhil.
"Dah tahu ade isteri tuh, buatlah cara ade isteri.. Ni, ejek ejek pulak dia. Macam dia tu takde isteri pulak." Fadhil tersengih. Yelah, wahai isteriku..
"Alolo.. Sayang janganlah nak merajuk pulak.. Abang tak sengajalah.. Meh sini ye abang tolong sayang." Zara membuat muka geli. Abang? Sayang!? Eii, rasa macam nak muntah je! Fadhil tergelak melihat Zara buat muka begitu. Fadhil mengurut kaki kanan Zara yang tersungkur kena selimut tadi. Main lagi.
"Alah, kau pilih bilik ni ker? Aku tak suka wallpaper warna hijaulah.. Tadi aku ade tengok bilik sebelah tu, cantik sangat. Wallpaper dia warna hitam. Kita tidur bilik sebelah eh?? Best sikit warna dia.."
Zara mengangkat kening sebelah. Tidur bilik sebelah?? "Lantak akulah nak tidur kat mana. Kat lantai ke, kat bumbung ke.. Kau kesah apekan?? Kau tidurlah bilik yang kau nak tuh! Aku taknak." Fadhil duduk bersila menghadap Zara. Hish isteri aku nih, keras kepala betol.
"Zara, please. Dengar cakap aku. Kita, tidur bilik sebelah okeyh? Best sikit. Baring baring.. Borak borak.. Sebelah k?" Fadhil memegang bahu Zara.
"Eh, kejap. Kau cakap ni, macam kita kena sebilik and sekatil je." Zara menolak tangan Fadhil.
"Memanglah. Habis, kau fikir aku cakap pasal ape??"
"Eii, taknaklah aku tidur dengan zirafah macam kau. Geli. Kau tidur sebelah, aku tidur sini. Kau jangan tidur kat bilik hujung tu pulak. Kalau ade ape ape aku susah nak panggil kau."
Fadhil membuat mata keatas. Lantak kaulah Zara.. "Lantak akulah nak tidur kat mana. Aku nak tidur kat lantai ke, kat dapur ke, kat bumbung ke.. Lantak akulah. Kau kesah apekan? Kau tidurla sini. Aku taknak." Jawab Fadhil. Hish dia ni, ayat macam copy je!
Dua dua sama. Pandai sangat menjawab. Fadhil keluar dari bilik itu. Malaslah layan budak pendek tu. Zara mencebik lalu berlari mengejar Fadhil. Takutlah sensorang kat atas. Baik lari ikut Fadhil.
"Eh, mane dia ni?? Aduhhh.. Dia ni, nama je tinggi tapi badan.. Susah benor nak carik." Omel Zara perlahan. Kedengaran suara Fadhil tergelak perlahan. Zara mengikut arah suara tadi. Dia bergerak kedapur.
"Zirafah.. Oh, zirafah.. Where are you??? Eh, ade tingkaplah." Zara membuka tingkap itu. Tiba tiba dia terasa kakinya sakit. Dia menarik kerusi perlahan. Aduh.. Sakitnya kaki..tak tahu pulak boleh jadi sakit macam nih.
Dia duduk bersila. Tiba tiba ade tangan yang memegang kakinya. Zara tidak bergerak kerana dia terasa takut. Siapa ni?? Tangan tersebut mengurut urut kaki Zara. "Sakit lagi ker?? Kalau sakit lagi, esok kau tak payah sekolah."
Zara berasa lega. Ouh,Fadhil. Fadhil meletakkan dagunya diatas kepala Zara. Zara terkejut. Fadhil mengurut urut Zara dari belakang. Zara menelan air liur. Aduh, ape aku nak buat nih? Okeyh, relaks. 1, 2,..3! Cabut!!!
Zara terus berlari naik keatas. Malunya!! Fadhil tergelak perlahan melihat gelagat Zara itu. Comel jugak dia tu. Eh, pelik jugak. Tak sakit ke kaki tu lari lari??
"Fadhil! Tunggulah!!" Kejar Elyana. Fadhil berpaling. Hish, apelah minah ni nak. Fadhil mengangkat kening sebelah.
"What do you want, El?"
Elyana membuat muka comel. "Ala, you ni.. Banyak tanya pulak. I nak youlah sayang.." Elyana memeluk lengan Fadhil yang sado itu. Fadhil membuat muka menyampah.
"You ni, berapa kali I nak cakap.. Kita ni bukan muhrim. Tak elok pegang tangan.. You jangan sampai tangan I ni kena kat pipi you.. Baik you lepaskan tangan you."
Elyana membuat mata keatas. Setiap kali dia buat macam tu je, mesti cakap benda yang sama. Bukan nak kata I love you ke, I miss you ke.. Baru sweet sikit. Ni? Dia boleh pulak ceramah kat aku? Elyana berpeluk tubuh.
"Ouh, bukan muhrim.. Habis yang berlaku dua minggu lepas tu ape? You dukung si budak pendek tu depan orang ramai.. Budak pendek tu perempuan. Bukan muhrim jugakkan? Dia tu musuh you. I ni, girlfriend you. Beza sangat I dengan dia. Macam langit dengan bumi dah.
Orang yang you dukung adalah I. Not her!" Marah Elyana.
"You tahu tak? Tak pernah sekali pon you pegang tangan I. Pegang tangan je kot! Takkan salah kut. Kalau you nak tahu, kulit I ni, lagi lembut tau daripada budak pendek tuh!"
Nasib baiklah kita gaduh belakang sekolah El.. Kalau tak, memang naiklah tangan aku ni. Fadhil menguap. "You dengar tak ape I cakap tadi?!"
"Dah ke? Dah habis cakap dah?"
"Eerm, dahlah!"
"Kita putus."
Elyana tidak terkata. Terlalu terkejut. Fadhil pergi meninggalkan Elyana. "What?!" Elyana mengejar Fadhil.
"But why? Kenapa you tiba tiba je nak putus?! Ape salah I Fad? Aduh!" Elyana terlanggar badan bidang milik Fadhil kerana Fadhil berhenti berjalan secara tiba tiba.
Dia mengusap dahinya. "Kenapa you...." Elyana terhenti kerana dia ternampak Zara dan Hareez sedang bermesra mesraan dikantin. Kemudian dia memandang Fadhil. Kelihatan muka sangat merah. Ouh, putus ni sebab Zaralah?? Elyana tersenyum senget. Tunggulah kau Zara.. Ni semua sebab kau. Kalau kau tak sekolah dekat sini, takdelah aku dengan Fadhil putus.
"Sial." Terdengar satu perkataan yang keluar dari mulut Fadhil. Fadhil berjalan kearah mereka. Elyana mengekori Fadhil dari belakang.
"Okey okey, saya pulak tanya awak. Cuba teka ape beza sudu ni, dengan awak.??" Hareez memegang sudu di tangan kanan. Zara buat buat berfikir.
"Saya dengan sudu pon ade beza eh?" Hareez mengangguk.
"Saya manusia, sudu bukan manusia. Betulkan??"
Hareez menggeleng. "Salah, awak give up??"
Zara mengangguk. "The answer is.. Sudu ade garfu, awak pulak ade saya."
Zara tergelak. Zaman sekarang ni memanglah. Suka sangat buat pickupline. "Apelah awak ni,.. Lawaklah."
"Hahah lawaknya.. Haah, lawaklah awak nih.." Sindir Fadhil sambil berpeluk tubuh. Zara mengangkat muka. Dia mendongak keatas memandang Fadhil. Eh, Elyana pon ade? Herm, memanglah kata boyfriend girlfriend.. Mestilah kena berkepitkan?? Fadhil memandang Hareez dengan pandangan yang boleh membawa maut. Yelah tuw.
Hareez berdiri. Dah nampak Hareez berdiri, Zara pon berdirilah. Takutlah,.. Janganlah diaorang gaduh. Amin..
Hareez dan Fadhil sedang berlaga mata. Zzzz.. Bagaikan ade petir disitu. "Aku nak kau jauhkan diri kau dari Zara. Zara, aku punya." Bisik Fadhil perlahan ditelinga Hareez. Fadhil menarik tangan Zara kesebelahnya. Hareez tersenyum sinis.
"Ouh yeah? Really?? So, kenapa kalau dia kau punya? Kau ingat dia kau punya aku tak boleh buat ape ape? Kalau Zara tu kau punya, El kau nak letak mana?" Sekilas Hareez memandang Elyana.
"Hah, i ni you nak.letak mana? You ingat I ni anak patung ke yang guna, buang? I not a toy Fadhil! I sayang you." Elyana masuk campur.
"Kitaorang dah putus. So, admit it. Kalau kau nak El ni, kau ambiklah. Now, I have Zara. Only her." Fadhil terus menarik kasar tangan Zara dan meninggalkan Hareez dan Elyana disitu.
"What?! Dia tak pernah tarik tangan aku tau!" Elyana menghentak hentakkan kakinya. Hareez membuat muka menyampah. Patutlah, gedik sangat. Hareez pula meninggalkan Elyana disitu bersendirian.
"Heyh apani? Semua tinggalkan aku!"
Fadhil membawa Zara kedalam kelas. Herm, nasib baik semua orang kat bawah. Sibuk rehat. "Aduh, lepaslah!"
"Ape hubungan kau dengan Hareez tuh?" Soal Fadhil sambil berpeluk tubuh.
Herm, ni mesti kes jealous nih.. Hihi, Zara mendapat akal. "Ape hubungan aku dengan Hareez tuh?? Erm, hubungan kitaorang special sangat. Kitaorang.. Suka sama suka.. Sayang sama sayang.." Alamak, angaulah pulak dah..
Muka Fadhil menjadi merah. Marah nampak! "Ouh, kau dengan dia ade hubungan yang special.." Fadhil menghampiri Zara. Zara mengundur sedikit.
"Habistu aku ni siapa? Atuk kau? Pakcik kau? Bapak kau? Aku nikan.. Husband kau." Fadhil mendekati Zara lebih dekat.
Zara tersandar didinding. Zara berdehem sambil memandang tempat lain. "Hubungan kita ni.. Lagi special. Boleh pegang berpegangan tangan.. Boleh.." Ayat Fadhil terhenti sampai situ kerana dia terdengar bunyi dari luar kelas.
Zara berasa lega. Huh, nasib baiklah. Fadhil berjalan ke pintu. Dia melihat kiri dan kanan. Senang cakap sekelilinglah.. "Korang?!"
"Ehem, ermm.. Sorilah wei. Mungkin kitaorang kacau kau nak sweet menyecuit dengan Zara tu. Sori ah." Farid dan Ameer tidak memandang rakannya itu. Takot weyh! Fadhil mengecilkan matanya.
"Kau orang dengar ke apa yang kitaorang bualkan?" Soal Fadhil. Kalau diaorang dengar, mamposs.. Kantoilah! Habis rahsia mereka berdua.
"Kau dengan Zara cakap slow. Mana kitaorang nak dengar?! Sebab tulah sampai ade bunyik kat luar nih." Jawab Farid.
Fadhil berasa sedikit lega. Ouh, baguslah.. "Masuklah. Mesyuarat tingkap kitaorang dah habis dah pon."
"Weyh, esok aku ade kelas memandu tau." Kata Zara. Dia sekarangkan ade suami, kenalah mintak izin. Haraplah Fadhil tu bagi pergi kelas.
Fadhil hanya diam. Tidak mengeluarkan apa apa respon. Fadhil mencapai remote di sebelahnya. Hish, diamlah pulak.. "Kau diam tu, maksudnya boleh kan? Okeyh, thanksz! Aku pinjam driver kau tu tau. Untuk hantar and ambik aku pegi kelas."
Zara merampas remote TV namun, tidak berjaya kerana Fadhil memegang kemas tangan Zara. "Bila aku cakap yang kau boleh pergi kelas? Takdekan?? So, jangan nak mengada ngada." Zara mencebik bibir.
"Hah, cebik cebikkan bibir lagi. Kang kena CPR kang."
Zara terus menutup mulutnya dengan tangan. Hish, bahaya betollah kalau duduk dengan dia nih! Bahaya! Zara menjarakkan dirinya sedikit. Fadhil tersengih melihat Zara. Takut sangat! Padahal dengan suami sendiri je pun.
"Tapi kenapa?? Kelas memandu je. Bukan pegi buat maksiat dengan Hareez pon!"
Fadhil membuat mata keatas. "Kalau sehari tak sebut nama dia tu boleh tak?! Rimas tau tak! Kalau kau sayang sangat dekat dia, pegilah! Tak payah duduk dekat sini! Pegi dekat orang tu! Kalau aku tahulah macam ni, aku tak setuju nak kahwin dengan kau!"
Zara tersentak. Setuju? "Sori, a.. Aku.."
"Dahlah, aku taknak dengar ape dah! Suka hati kaulah nak buat ape. Start from today, kita buat hal sendiri. Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Kalau kau nak pegi kelas tu, kau pegilah. Aku tak kesah."
Zara tidak terkata. Kalau ikutkan, nak je melawan tau. Tapi entah yang merasuk Zara sampai tak terkata. Baru Zara nak cakap, Fadhil dah pergi. Hish, susahnya kalau ade suami nih.
Zara bangun awal pagi. Selalunya selepas solat subuh, terus baring atas katil. Harini lain pulak. Dia menyiapkan bajunya. Senang cakap, dia gosok baju, tudung.. Siapkan barang barang.. Mekap lagi.
"Erm, everything done. Eh, ade satu lagi!"
Zara membuka daun pintu bilik Fadhil perlahan lahan. Kelihatan Fadhil sedang baring dan tidur dengan lena diatas katil queen.
Kalau nak diikutkan, dia nak mintak izin Fadhil untuk membenarkan dia ke rumah mummynya selepas habis kelas memandu. Tapi, hasratnya itu terbatal.
Dia bukan ape, takut mengganggu Fadhil tidur. Yang keduanya, dia takut ade ape ape yang jadi nanti. Ala, faham faham jelah.. Benda yang selalu berlaku dengan suami isteri.. Lagi lagi si Fadhil tu gatal.
"Zara dah siap? Kalau dah siap, boleh kita pergi sekarang." Soal Pak Mail. Zara mengangguk lalu masuk kedalam perut kereta mewah itu.
Zara dari tadi tak sedap duduk. Risau dengan Fadhil kat rumah. Tak marah ke dia nanti? Dahlah balik lambat! Tak bagi tahu lagi!
Zara mencapai iPhone nya. Nak tengokk pukul berapa.. Kemudian dia off phone. Takut mengganggu dia dekat kelas.
"Zara, kita dah sampai. Ni pak Mail nak kena tunggu ke ape?" Soal Pak Mail. Zara berfikir. Haahlah,..
"Erm, Pak Mail balik sekejap tengok Fadhil, lepastu datang kesini balik. Ambik saya, lepastu nanti Pak Mail hantar saya pegi rumah mummy."
Pak Mail hanya mengangguk faham. "Kalau takde ape, saya pergi dulu ya? Terima kasih." Zara menutup pintu kereta mewah itu.
"Assalamualaikum, mummy!" Zara melaungkan salam. Berlari lari Puan Shahirah ke pintu utama. Baru saja Mak Minah nak bukakan pintu, Puan Shahirah dah buka.
"Waalaikumsalam!! Alahai anak mummy balik dah!! Rindunya mummy!!" Puan Shahila memeluk anak bongsunya itu dengan erat. Dah hampir 4 minggu dah tak jumpa. Kalau dulu, setiap hari menghadap muka dia.
"Mummy sihat? Ara rindu... Sangat dekat mummy tau! Lama dah kita tak jumpa."
Puan Shahila menarik tangan anaknya itu ke ruang tamu utama. "Ala, mummy pon rindu jugak. Ingat you sorang je yang rindu ke?"
"Alolo.."
"Ni hah, bila kamu berdua nak balik sini? Sebab kalau Ara nak tahu,.. Abang nak balik sini dah lusa!!!"
What?! Punyalah 5 tahun tak balik sini. Baru lusa nak balik? "Seriously?! Ara rindu gila dekat abang tau! 5 tahun tak jumpa!"
"Yelah, betul. Kamu berdua baliklah sini lusa.. Dapatlah jumpa dia.."
Ara memuncungkan bibirnya. "Entahlah, tengoklah dulu. Lagipon kan next week cuti.. Mesti kitaorang balik punyalah!"
Kalau betul boleh balik sini, of course dia terlompat lompat. Kalau tak boleh, dia lari dari rumah. Dia akan pastikan jugak yang dia dapat balik sini. Dia rindu sangat akan abangnya itu.
Zara turun kebawah untuk makan malam. Dia berjalan menuju kedapur. Tiba tiba dia ternampak, Fadhil sedang memanjat tangga di pondok diluar. Eh, dia betulkan ape tu? Lampu tu rosak ke? Kenapa tak call sesiapa je untuk betulkan?
Hasratnya untuk kedapur terus terbatal. Ape dia nak buat tu sebenarnya eh? Zara mendekati Fadhil. "Kau betulkan ape tuh?"
Pak! Bunyi kaca kaca pecah. Mentol lampu itu terjatuh kebawah akibat Fadhil terkejut akan kewujudan Zara disitu.
"Astagfirullahhalazim.. Kau ni jangan dekat sini boleh tak?! Menyusahkanlah kau nih!" Marah Fadhil.
"Aku cuma tanya je ape yang kau buat.. Tuje." Zara cuba mendekati Fadhil.
"Eh, jangan dekat! Kena kang kaca tu dekat kau.. Padan muka!"
Zara memuncungkan bibir sambil berpeluk tubuh. Ei, semua benda tak boleh! Aku sepak kang! Fadhil menuruni anak tangga perlahan.
"Aduh!!!!"
Kaki Fadhil terkena serpihan kaca yang pecah tadi. Zara nak je ejek. Tadi tak bagi pijak! Padan muka! Dia yang kena. Zara buat buat tak tahu.
"Dah ade suami tu buatlah macam ade suami! Aku kan tengah sakit nih, tolonglah.." Ujar fadhil . Zara melihat kaki Fadhil yang dilimpahi dengan darah. Hek eleh, sikit je!
"Mak kiah! Tolong bersihkan kaca kaca kat pondok niye!"
Zara membantu Fadhil untuk berdiri. Dia memimpin Fadhil keruang tamu. "Duduk sini. Aku amik ubat."
Fadhil menyerang kesakitan. Sakit. Pedih. Zara membuka peti kecemasan. "Tulah, pijak lagi dekat tempat yang ade kaca.. Lain kali, jangan dekat dekat situ... Lain kali, dekat lagi dekat tau! Biar sampai patah kaki nih. Senang sikit aku nak buli kau." Sindir Zara.
Dia yang suruh kita buat macam tu, dia yang kena. Padanlah dengan muka. Jahatnya awak ni Zara.. Zara mencuci luka dikaki Fadhil itu.
"Lain kali, buat keje tu, biar ikhlas. Kalau dah taknak tu, biarlah aku buat sensorang!"
Zara tersengih. Alolo, merajuk ye dia.. "Ala, aku ikhlaslah! Mehlah aku tolong kau."
"Bagus, macam nilah isteri aku! Baik! Solehah!"
Baik? Yeke? Zara tergelak perlahan. Aku memang baik. Hahahahaha. Ececeh, berlagak eh.
"Oh ye! Tadi kau balik petang. Bukan kau pergi kelas ker? Pastu kau pegi dating eh?! Ouh, mentang mentang sekarang kita buat hal masing masing."
Zara terdiam. Aduh, apesallah aku tak bagitahu dia tadi. Dah mula dah salah faham.. "Aku pegi rumah mummylah. Takde kerja aku nak dating dengan Hareez tu. Akukan ade kau.. Suami mithali.. Yang baik.."
"Yeke?"
"Iye, betullah.. Kalau kau tak percaya, kau call mummy."
"Tak, yang tu aku percaya. Yang aku tak percaya, betul ke aku ni suami yang baik, mithali ??"
Zara menelan air liur. Aduh, apesal mulut aku ni bodoh sangat. Zara tersengih macam kerang busuk. "Herm? Mestilah.. Dah aku cakap macam tu.. Mestilah ye." Dia menyapu minyak pada luka tersebut.
"Auch! Slow slowlah.. Sakit.." Rengek Fadhil.
Eii, sakit? Aku rasa takdelah sakit sangat. Aku banyak kali kena kut! Dia ni nama je lelaki tau! Tapi lembek! Betullah, lelaki ni.. Kalau dah sakit, memang mengada ngada.
"Yeke, aku ni suami mithali? Kalau betul, buktikan!"
Zara menghela nafas. Aku dah cakap betulkan?! Betulla! Nasib baik kau tengah sakit, kalau tak.. Memang aku campak kang kat sungai! Zara tersengih lagi. "Encik Fadhil, bila saya kata betul.. Betullah. Kalau saya kata salah, its mean that's wrong. So, bila saya betul ni.. Percayalah betul."
Haih, suara macam tengah marah je! "Yelah, Puan Zara.. Saya percaya anda."
Zara tersenyum. "Hah, baguslah! Dah senyap! Susah aku nak buat nih!"
"Erm, Zara... Boleh tak kau tidur kat bilik aku? Akukan sakit.. Kau kenalah jaga aku."
Membuntang mata Zara. Kau ni, memang tak seriklah! "Aku rasa, aku pon anak bongsu jugak. Tapi, bila aku sakit.. Takdelah macam ni. Kaukan lelaki! Sado lah sikit! Badan je tegap! Hesh!"
"Ala,.. Selalunya, bila aku sakit.. Mama tidur kat bilik aku. Tengok tengokkan aku. Kau pon kenalah buat macam tu. Tidur bilik aku and jaga aku." Ujarnya dengan suara yang lembut.
"Please sayang.. Please.." Fadhil membuat mata seperti kucing meminta kesian pada tuannya. Zara mengusap dadanya. Sabor jelah aku.
"Okeyh! But! Just tonight!"
"Yay! Sayang, sayang! I love you!" Fadhil mengucup pipi isterinya. Terkejut beruk Zara.
"O.. Okey, dah,.. Dah siap." Katanya dengan gagap. Zara berdiri.
"Aku nak makan." Zara terus berlari kedapur. Fadhil tersenyum lalu memegang bibirnya. Aku ni betul ke?
"He was kissed me." Zara menyentuh pipinya yang sedang blushing.
"Kau tidurlah atas katil. Aku tido kat sofa nih." Kata Zara sambil mencapai iPhone miliknya. Fadhil berkerut dahi. Macam ni ke gaya isteri jaga suami? Haduh, aku kena fikir nih!
"Kau tidur sofa? Tak demam ke? Sebab Mummy kata kalau kau tido sofa, bukan atas katil.. Nanti kau demam. So, baik kau tido sebelah aku nih. Takdelah kau sakit. Lepastu, kesian aku nak kena jaga kau."
Zara mencebik. Ei, geramnya! Semua benda mummy bagitahu dia! Biarlah kitaorang kenal diri masing masing lepas kahwin! Baru macam drama!
"Aku demam takpe. Tak seteruk kau nih! Sakit sikit jepon! Itu pon dah mengada ngada!" Zara melabuhkan punggungnya diatas sofa.
Aduh, tak berjayalah pulak! Ah.. Plan B! Pikir Fadhil, pikir! Hah! Fadhil mengambil bantalnya lalu berjalan kearah Zara.
"Eh, nak ape nih? Bagi bantal ni dekat aku? Okey, thanks.."
"Bukanlah, aku nak tidur dengan kau!"
Hampir terkeluar mata Zara dengar ape yang Fadhil nak tadi. Aduyai dia ni.."kenapa pulak? Nanti kau tak selesalah! Tidur atas tu!"
"Kan aku dah kata, aku nak tido dengan kau. Tak kesahlah selesa ke ape.. Janji, dengan kau." Kata Fadhil lalu mencubit lembut hidung Zara. Zara rimas.
Aduh,.. Terpaksalah Zara mengalah. Kalau tidak, lewatlah mereka sampai ke bulan. "Okeyh, tidur dengan aku. Tapi, atas katil ye? Sini sempit. Dengan bau kau yang busuk, lagi hapak ni!" Zara mengambil bantalnya lalu terus baring keatas katil dengan laju. Zara menutup tubuhnya dengan selimut. Malaslah layan si zirafah tu!
Fadhil tergelak perlahan. Yes! I did it! Yahuuu.. Fadhil lompat naik keatas katil. "Tak payah lompat-lompat.. Kaki kau sakitkan? Aku patahkan kang!"
"Yelah yelah."
"Lusa kita balik rumah mummy tau. Sebab lusa ni abang Ameerul balik dah." Zara duduk sambil memandang Fadhil.
Baik umah mummy? "Balik sana? Herm, okeyh. Lepastu, balik rumah mama. Okeyh? Deal?"
Zara gembira. "Deal!! Okeyh, esok kita packing baju okey? Tapi, bawak beg asinglah. Kau, kau. Aku, aku. Okeyh, bye."
Zara terus terbaring. Fadhil hanya menggeleng perlahan. Budak.. Budak..
Pin! Pin! Pak Mail menghonkan kereta mewah itu. Saje, nak buat isyarat yang mereka sudah tiba disana.. "Eh, diaorang dah sampai tu!"
Ameerul membuka kuak pintu utama rumah banglo mewah itu. Zara melambai lambaikan tangannya pada mereka dari dalam. "Eh, mama dengan papa adelah weyh! Diaorang mesti datang sebab nak tengok abang Ameerul!" Riang Zara.
"Haahlah. Yelah tu."
Zara membuka pintu kereta mewah itu. Zara berlari lalu memeluk erat mummynya. "Ya Allah dia ni.."
"Perangai macam budak budak. Sama je macam 5 tahun lepas. Ingatkan ade beza, tapi sama je."
Zara mencubit lengan abangnya itu. Baru sampai dah carik pasal. Ameerul menjelirkan lidah pada Zara. "Hai, Fad! Lama tak jumpa kau nih! Makin hensem ye!"
Fadhil tergelak. Dia membetulkan rambutnya. "Mane adelah, biasa je." Ececeh, malu konon.
"Biasa? Yeke? Abang tengok kat instagram, twitter kau penuh gambar kau dengan si Zara kenit tu."
"Ala, kitaorang kat rumah bukan buat ape pon.. Tujelah keje kitaorang kat rumah."
"Fadhil! Ameerul! Mai lah masuk! Panas berdiri kat luar tu!"
"Yalah mummy, nanti kitaorang masuk!" Ameerul menyahut.
Semua orang duduk diruang tamu. Berbual bual sakan. Dipenuhi dengan gelak tawa, gurau senda... "Weyh, bagi aku air tu." Minta Zara. Fadhil menghulurkan air itu kepada Zara.
Semua memandang Zara. Zara yang mahu minum pon dah tak selesa. Apehal diaorang ni? "Ape?!"
"Korang ni ber aku kau ker?" Tanya Ameerul. Zara dan Fadhil mengangguk.
"Astagfirullahhalazim.. Kamu berdua dah kahwinlah.. Mana boleh macam ni! Cuba tukar sikit. Abang, sayang ke.. Biy, sayang ker.. Awak, saya ker.. Ni, aku kau?!" Ujar Datin Lydia.
Zara dan Fadhil membuat muka geli. Sayang, abang? Biy, sayang?! Nak muntah rasanya.
"Hish mama ni. Agak agaklah sikit! Geli lah ma." Fadhil membuat lagi muka geli. Datin Lydia dan Dato Sufian pandang antara satu sama lain.
"Geli apenya? Mama dengan papa okey je. Ber abang sayang? Over benorlah koranglah."
"Alah, sekarang ni memanglah geli. Nanti dua tiga hari nanti.. Dah takde dah geli geliman.. Makin sayang menyayangi. Orang pulak yang geli." Kata Ameerul dengan slumber. Zara mencubit pahanya. Ingat sikit ya! Aku sebelah nije!
"Nantilah malam kitaorang fikirkan. Lagipon itu tak penting sangatkan? Janji, kitaorang ni ade perasaan cinta, sayang.. And now, kita enjoy!"
Puan Shahila mencubit paha Zara pula. Harini ade pertandingan mencubit paha orang ke? Zara mengusap pahanya. Aduh, sakitnya! "Banyaklah enjoy. Sebelum ni tak cukup enjoy ker? Kamu jangan nak mengada ye. Kamu berdua ni dah kahwin. Bawak bawaklah berubah.. Tolonglah berfikiran matang."
"Kamu berdua ingat selama lamanya boleh enjoy? Tak! Mane ade! Kamu kenalah fikir tentang masa depan! Anak, keluarga.. Pelajaran kamu berdua lagi." Sambungnya lagi.
"Betul tu! Daddy ingat bila kamu berdua ni dah umur macam ni, dah berfikiran matang dah! Tapi, kenapa?! Kenapa jadi macam ni? Still perangai macam budak budak!" Marah Tuan Syariffudin. Dato Sufian mengangguk.
"Papa setuju tu. Papa pon ingat macam tu! Lagi susah nanti kalau kamu nanti dah lepas SPM. Dua dua buat hal sendiri. Aku pegi situ, kau pegi sana. Bagus sangat kalau jadi macam tu. Masing masing nanti lupa status sendiri yang dah berkahwin."
Zara dan Fadhil hanya menunduk. Ameerul pula hanya mendiamkan diri. Kalau menyampuk kang, ade yang kena baling periuk. "So, fikir fikir kanlah ye. Mama taknak jadi semua tu. Mama fikir, kamu berdua jadi lebih baik. Perangai berubah.. Mama dengan papa dah bincang dah. Yang kitaorang nak, tahun depan kami ade cucu."
Cucu??! Zara pengsan. "Ya Allah, Adek!" Terkejut beruk semua orang. Susah sangat ke permintaan tu?
Anak? Ya Allah, benda tulah yang Zara dan Fadhil tak pernah fikirkan. Yang diaorang tahu, 'I'm still young.' Ya Allah, susahnya.. "Erm, kau nak anak ker?"
"Entahlah, tapi siapa yang taknak kan? Mestilah nak."
Zara memuncungkan bibirnya. "Tapi, aku tak readylah nak ade anak ni. Lagi lagi aku ni tak suka budak budak."
Fadhil duduk bersila menghadap Zara. "Zara, kalau kita Takde anak.. Tak tahulah ape yang akan jadi nanti. Kalau kita dah ade anak, tahulah. Baik kita ade anak."
"Tapi weyh, contohlah aku ni mengandung. Sekolah macam mana? Takkan nak bawak perut aku ni dekat sekolah?"
Fadhil cuba berfikir. Dah keluar dah, idea gatal dia tu.. "Ala, lepas SPM kan boleh.."
"Hish, kau ni.. Dahlah! Kita cakap jelah dekat mama, kalau ade rezeki.. Adelah! Kalau takde, so.. Takdelah. Okeyh?" Zara mengangkat kening sebelah.
"Herm, okey,.. No problem. Cakap jelah macam tukan? Okeyh. Tapi, kalau dia nak jugak?? Macam mana?"
Aduh,.. Dia ni.. "Entah. Terserah kepada kaulah. You're my husband. Kaukan ketua keluarga. Kau k
Fikirlah. Aku nak tidur."
"Oh ye! Kawan kawan kau tahu ke yang kita dah kahwin?"soal Zara. Fadhil menggeleng.
"Belumlah. Kau?"
"Belum jugak.. Oklah bye." Zara terus membaringkan badannya yang letih.
Fadhil memicit kepalanya. Peningla aku!! Satu satu bendalah yang datang! Kusut Fadhil.
"Woih, kau ni pahal. Dari tadi termenung je.. Kau fikir ape?" Sergah Husna. Zara memuncungkan bibirnya.
"Takde apelah.. Stress Spm je.." Bohong Zara.
"Yeke? Ke.. Fikir pasal Fadhil? Yelah, aku dengar dia dah clash dengan si Elyana tu. Lepastu aku dengar dia tengah bercinta dengan kau. Betul ker?" Soal Husna.
Zara menghela nafas. Penatnya kehidupan ini. "Mana kau dapat semua citer ni? Yang kau percaya tu kenapa?"
"Aku dengan Salwa dengar citer ni dari Faridlah. Kawan Fadhil tu.. Entahlah. Aku percaya je. Sebab dia kawan Fadhil."
"Kau ni percaya sangat kenapa? Ingat dia tu betul sangat ke? Kawan pon boleh makan kawan jugaklah! Aku sepak kang!"
"Biarlah aku percaya pon! Lagipon aku tengok dekat insta Fadhil tu, banyak jugak gambar dia dengan kau. Sejak bila korang rapat hah???" Soalnya lagi.
Zara mengeluh. Kenapalah aku kahwin dengan si zirafah fames tu? Mesti ramai orang stalk dia punya insta. Lepastu, aku ni duduk sebelah dia pulak tu! Setiap hari menghadap muka dia. Muak kut!!
"Kitaorang rapat. Papa dia dengan daddy aku kawan. Dia selalu datang rumah aku. Aku pon selalu datang rumah dia. Faham?" Tipunya lagi. Hey, banyaklah dosa yang suami kau kena tanggung Zara..
Terangkat kening sebelah Husna. "Yeke? Tapi aku rasa setiap hari dia post. Takkan setiap hari dia pegi rumah kau?? And, takkan setiap hari kau pegi rumah dia??"
Zara mengecilkan matanya. Dia ni .. Semua benda dia nak tahu! "Kau ni reporter ke? Punyalah banyak soalan kau bagi."
"Ala, tanya aje!"
"Hah! Bestnya dia berborak.. Nah, air korang." Salwa menghulurkan air kepada mereka lalu melabuhkan punggungnya disebelah Husna.
"Weyh, tadi Fadhil carik kau."
"Fadhil? Dia nak ape? Dia tanya kau ker?" Soal Zara sambil menghirup air milo yang dibeli oleh Salwa tadi.
Salwa mengangguk. "Yelah, dia tanya aku. Tapi, mesti kau taknak jumpa diakan? So, aku cakaplah tak tahu."
Husna memukul tangan Salwa. "Kau ni cakap jelah dia kat sini."
"Eh, kenapa pulak? Bukan Fadhil tu musuh Zara ke?" Soal Salwa pula. Yelah, kenapa pulak?
"Yelah, tapi kau ni lupa ke yang Farid cakap tuh?"
Salwa cuba mengingati. "Ouh, yelah! Alah, sorilah aku tak tahu."
"Semua benda kau tak tahu! Hesh!"
"Biar jelah.. Lagipon memang aku taknak jumpa dia.." Kata Zara. Zara berfikir. Kenapa dia nak jumpa aku eh?
Damya mengedarkan surat yang diberi oleh cikgu Fateha tadi. Zara membaca satu persatu benda yang telah ditulis didalam kertas itu. "Eh, surat kem lah weyh! Jom pegi weyh..."
Fadhil menggeleng. "Tak payah. Boring." Zara mencebik bibir.
Fateha sempat mengerling adiknya itu. Herm, happy nampak! Baguslah kalau hubungan diaorang dah okeyh. Senang kerja aku..
"Semua dah dapat kertas yang Damya bagi tadi? Kalau tak dapat, meh sini kedepan."
"Dah.." Sesetengah pelajar menjawab soalan cikgu Fateha.
"Baiklah, semua pandang cikgu. Surat ni, adalah surat kem untuk SPM. SPM tak lama lagikan? So, sebelum SPM ni, kenalah buat persediaan. Erm, macam nilah. Cikgu nak.. Semua pelajar 5 Amber pergi kem ni."
Semua monyok. "Tapi cikgu, ni kem pergi hutan.. Saya taknak geli. Ade nyamuk, lalat semua. Eii, taknaklah cikgu.. Geli.." Elyana membuat muka geli. Orang lagi geli tengok muka dia tuh.
"Eh awak ni. Nyamuk tu memang biasalah ade kat hutan."
"Ei, over doh kau nih! Bajet orang kaya je! Nama je kaya, tapi tak pernah jejak hutan. Ketinggalan betul." Ujar Damya. Ala, memang biasalah berlaku benda nih. Gaduh tak habis si Damya dengan Elyana ni.
"Eh, aku cakap dengan cikgu. Yang kau sibuk pahal? Ade aku cakap dengan kau ker? Perasan." Elyana membuat mata keatas.
"Eh, enough. Gaduh je kamu berdua nih. Apepun, cikgu nak jugak. Semua orang sertai kem ini. Kalau awak nak lulus exam, please! Please sertai kem ini." Pinta cikgu Fateha.
"Cikgu, boleh bawak handphone tak?" Tanya salah satu pelahar didalam kelas itu. Cikgu Fateha menggeleng.
"Alah....."
"Banyaklah alah, dah dah! Dah pukul berapa dah nih. Semua simpan surat tu dalam beg, and keluarkan buka latihan. Sambung yang semalam punya."
"Kita pergi eh?"
Fadhil tetap menggeleng. Eii, kerasnya kepala dia ni!!
"Aku dah sign dah surat kem tadi." Kata Zara. Fadhil memandang Zara. zara tersenyum senyum.
"Kau ni degilkan?kan aku dah kata, kita tak payah pergi.. Boringlah pegi sana.. Bukannya boleh bawak phone pon. Buat apepun pegi sana."
Zara memuncungkan bibirnya. "Alah.... Please.. Kita pergi okey? Aku dah lama tak pegi kem kem macam ni.. Please?"
Fadhil mengecilkan matanya. "Kalau kau pergi,.. Aku macam mana? Siapa nak jaga makan minum aku?"
"Alah, kau baliklah rumah mama.. Lepas aku balik dari kem.. Kau baliklah sini balik. Bukannya susah pon."
"Susahlah! Kau tu yang sepatutnya jaga aku! Bukan mama. Hish kau nih, bukan kau tak tahu kan yang kau tu isteri aku. Aku tak benarkan kau pergi tanpa aku." Fadhil berpeluk tubuh.
"So, kau ikutlah sekali. Kat sana boleh aku jaga."
"Taknak. Kau tak payah pergi." Fadhil tetap berkeras.
"Ala, please Fadhil.. Aku nak sangat pergi.. Please sayang.. Please, kalau kau sayang aku.. Please, benarkan aku pergi sana. Kalau kau tak sayang aku, takpelah." Zara bangun.
Fadhil menarik tangan Zara dengan kuat sehingga membuatkan Zara terduduk diatas paha Fadhil. Zara memandang tepat pada anak mata Fadhil. Begitu juga Fadhil. Hidung mereka hampir bersentuhan.
"Erm, Fad.."
Jari Fadhil diletakkan pada bibir Zara. Shuht.. "No, don't say anything. You can go to the camp. But, with me." Kata fadhil dengan lembut dan perlahan.
Zara tersenyum sampai ketelinga. Yay! "Thanks." Zara mengucup pipi Fadhil dengan laju lalu dia berlari. Namun, Zara tidak berjaya kerana Fadhil menarik tangan Zara.
"I love you." Bisikan itu. Bisikan itu telah membuatkan hati Zara berdebar debar. Zara terus berlari masuk kedalam biliknya.
Zara bersandar dipintu biliknya. Dia menyentuh dadanya. DUP!DUP! "I love you too."
Zara melambai lambaikan tangannya kepada Husna dan Salwa. Dia nak je pegi dengan mereka, akan tetapi dia tidak dibenarkan oleh Fadhil. Nilah syarat dia kalau nak pergi kem. Just with Fadhil. No else. "Kau pegilah dekat diaorang. Aku letak beg."
Zara macam tak percaya. "Betul ke boleh? Aku pergi tau?"
Fadhil mengangguk. "Pergilah.." Zara terus berlari ke arah Salwa dan Husna.
Fadhil menarik bagasinya dan bagasi Zara. Orang lain bawak beg biasa je. Mengada ngada betul pasangan pengantin baru ni. "Ameer! Kau tolong letakkan beg beg ni sekali."
Ameer hanya menurut perintah. "Amboi, dua dua ni kau punya ker?"
Fadhil menggeleng. "Harap kau fahamlah yang pink tu siapa punya. Itu Zara punyalah.."
"Fadhil! Tolonglah I ni.. Beratlah bawak beg nih.. You tolonglah bawakkan.."
Mereka bertiga berpaling. Elyana? Patutlah macam kenal je suara tuh. Gedikss. "Farid. Kau pegi tolong dia."
"Engkau nikan. Dah tahu berat tu, tak payahlah nak bawak.."
Elyana mencebik. "Alah, bagi I memanglah berat.. Tapi you lelaki kan? Mesti bagi you tak berat..herm, tolong angkatkan Ilya dengan Marissa punya sekali tau?! I nak pegi dekat Fadhil."
"Eh, kau ni.. Ingat aku ni pak turut kau ker?!" Marah Farid.
Elyana tidak mempedulikan Farid. Dia terus berjalan kearah Fadhil bersama Ilya dan Marissa.
"Hai sayang.. You tak panas ke?" Soal Elyana dengan gedik.
"Kau buat ape dekat sini? Tak panas ker?" Soal Fadhil.
"I sanggup redah kepanasan demi cinta I dekat you." Ececeh.. Pickupline ke ape ni?
"Chiaa Chiaa Chiaa.." Sambung Ilya dan Marissa lalu gelak ketawa. Elyana memberi isyarat senyap.
Fadhil membuat mata keatas. "Dahlah, aku nak masuk dalam bas. Kau kata kau sanggup redah kepanasan kan? Kau pergilah padang sana tu. Pergi berlari 10 pusingan. Ataupon, sampai muka kau hitam legam. Pergilah, kau sanggupkan buat demi aku?" Gelak Fadhil.
Elyana menghentak hentakkan kakinya. Geramlah tu. Ilya dan Marissa ketawakan Elyana. Elyana memberi jelingan maut kepada mereka.
"Baiklah semua.. Bukan sekolah kita sahaja disini ya.. Ade dua lagi sekolah yang akan bersama kita sepanjang perkemahan kita disini." Kata Cikgu Azman.
"Ala, bencinya!! Setiap kali kalau kem macam ni je, ade sekolah lain datang." Elyana menghentak hentakkan kakinya. Ilya dan Marissa hanya diam.
Zara memanjangkan lehernya. Mana Fadhil ni? Kata kena dengan dia je? Tapi dia yang menghilang. Zara menjengket jengketkan kakinya. Almaklumlah, pendek.. "Rindu aku ker??"
"Ah!" Zara tertampar pipi Fadhil. Alamak!!
"Alamak, weyh.. Sori sangat. Sori.. Aku tak tahu yang tu kau. Lain kali bagilah salam dulu.." Zara mengusap pipi Fadhil yang makin merah itu.
"Sakit tahu tak. Hish, pantang orang sergah je.. Melatah. Melatah tangan pulak tuh!" Marah Fadhil.
Zara memuncungkan bibirnya. "Sorilah.. Manelah aku tahu.."
"Okey, okey!! Semua senyap! Memang ni hutan. Tapi tak payahlah nak jadi macam binatang dalam hutan nih. Semua tolong senyap! Sebab, SMK Puchong Utama 1 dengan SMK Puchong dah sampai."
"Weyh, dah sampailah weyh. Kita boleh usha mamat hensem weyh!" Terlompat lompat gembira Ilya dan Marissa. Elyana menjeling mereka berdua. Over betullah.
"Zara." Fadhil mengerling Zara. Eh, mana budak ni? Menghilang pulak dah. Fadhil memandang sekeliling. Ya Allah, dah lah makin ramai orang. Macam mana nak carik dia ni? Dahlah kecik.
"Korang nampak Zara tak? Tadi dia ade dengan aku. Tiba tiba hilang pulak." Tanya Fadhil kepada kawannya.
"Aku tak tahulah. Tapi, aku rasa dia dengan Salwa dan Husna lah. Sebab diaorang pon takde." Kata Farid.
"Hah, Ameer. Si jerung tu datang ke?" Soal nya.
"Don't worry Fadhil.. Hareez dia demam. So, tak dapat datang."
Semua benda tentang Hareez, semua Ameer tahu. Almaklumlah, sepupu sendiri.. "Okeyh, bagus."
"Weyh, ramainya orang.. Macam mana nak carik diaorang nih?" Soal Salwa. Dia menguatkan suaranya sedikit kerana terlalu bising dan ramai orang disitu.
Baru pergi sekejap, dah ramai. Ade magik ke ape kat sini. "Aku rasa Smk Puchong Utama 1 dengan Smk Puchong dah sampailah tu yang bising nih." Fikir Husna.
Zara menjengket jengketkan kakinya. Tiba tiba dia terasa tubuhnya dilanggar. "Auch!"
"Eh, kau okey tak ni Zara?" Soal Husna.
"Ya Allah, awak.. Saya mintak maaf sangat. Meh saya tolong awak."
Namun, dihalang oleh Husna. "Its okay. Biar kitaorang yang tolong dia. Awak tu lelaki."
"Ouh, yeah." Lelaki itu berasa sedikit risau. Kuat sangat ke aku langgar? Serious tak sengaja.
Husna dan Salwa membantu Zara untuk bangun. "Awak okey tak ni? Nak saya panggilkan cikgu ker?"
"Erm, takpe. Tak payah. Salwa, Husna. Tolong aku. Bawak aku kat Fadhil."
Salwa dan Husna terus memimpin Zara ke Fadhil. Penat jugak. Yelah, nak carik lagi. "Husna, kau pergi carik.. Aku tolong pimpin Zara."
Husna mengangguk lalu pergi mencari fadhil. Husna memanjangkan leher. Hah! Tupon kau! "Salwa! Aku dah jumpa dah."
Husna membantu Salwa untuk memimpin Zara. "Eh, Fadhil! Tu Zara."
Fadhil terus berlari kearah Zara. "Takpe, biar aku buat."
Husna dan Salwa membiarkan Fadhil memimpin. "Diaorang ni ade ape ape ker? Macam semacam jer?" Bisik Salwa ditelinga Husna. Husna menjungkit bahu.
"Aku tak tahu. Tapi aku rasa benda yang sama." Bisik Husna. Fadhil membantu Zara duduk ditanah. Yelah, mana ade kerusi. Nama pon hutan.
"Apa yang dah jadi tadi Husna?" Tanya Farid.
"Ade orang terlanggar dia.."
"Baik kau cakap tadi ape yang berlaku?" Soal Fadhil pada Zara.
"Takde apelah.. Cuma aku terlanggar orang je tadi.."
"Zara, kalau aku tahulah jadi macam ni.. Memang aku takkan benarkan kau pergi tau. Kau buat aku risau je kat sini." Risau Fadhil. Memang nampak sangat muka risau dia tu. Elyana membuat muka menyampah.
Elyana mengipas kipaskan dirinya. "Haih, takkan kat dalam hutan pon nak buat drama kut??"
Ilya dan Marissa melihat pasangan yang baru berkahwin itu. Tiba tiba rasa best pulak. "They're so sweet.."
"Yes, sweet couple. Eh, korang, bila nak kahwin? Bagilah kitaorang merasa nasi minyak.." Ujar Ilya.
"Haahlah, kitaorang tengok korang ni,. Sweet sangat."
Nak terkeluar mata Elyana mendengar ape yang dikatakan oleh Ilya dan Marissa. Ya Allah, susahnya bila ade kawan yang bodoh nih.
"In Shaa Allah tahun depan. Datanglah rumah kitaorang. Nanti kitaorang jemput ya." Kata Fadhil dengan slumber. Zara mencubit perut Fadhil.
"Eh dah dah. Korang ni geng aku. Tak payah nak dengan diaorang eh!" Elyana mencubit telinga Ilya dan Marissa.
Zara dan Fadhil tergelak gelak melihat mereka bertiga. Perangai macam budak budak.
"Baiklah semua, sekarang ni, kita sama sama mendirikan khemah" kata Cikgu Fateha.
Cikgu cikgu yang terlibat membantu mereka untuk mendirikan khemah. "Aku ambik air jap. Korang Tunggu sini jap."
Sedang Zara berjalan, tiba tiba dia terasa bahunya ditepuk. Zara berpaling. Eh, dia nilah orang orang yang langgar aku tadi! Kurang asam punya orang!
"Hai, awak ni Tuan Nurina Izara kan? Maaflah sebab saya langgar awak tadi. Saya tak sengaja." Ujar lelaki itu.
Zara memandang lelaki itu dari bawah sampai keatas. Macam kenal je dia ni. Tak silap aku, dia ni.. Ketua pengawas yang hot masa sekolah agama dulu.
"Eh, awak ni okey tak?" Soal Danish.
"Hish, awak nampak macam saya ni tengah okey ker? Saya tengah sakit perutlah!" Marah Zara.
"Sakit perut? Jadi saya kena buat ape ni?!" Gelabah Danish.
Zara membuat mata keatas. Dia ni dah tahu aku sakit perut, bukannya nak pikir kalau orang sakit perut selalu buat ape! Toilet belakang dia tuje!
Zara memicit micit perutnya. "Ya Allah, Ya Rabbi.. Tepilah! Toilet belakang tu! Awak menghalang saya!” marahnya lagi.
Danish menjadi malu. Terus dia memberi Zara laluan untuk ke tandas.
2 minit kemudian ...
Zara berasa sedikit lega apabila dapat melepas. Kusss semangat.. Kalau Danish tak bagi dia laluanlah tadi, mahu tercirit dia disitu. Zara berjalan keluar dari tandas itu.
Kelihatan Danish sedang berdiri disitu. Hairan Zara. Haih, takkan dia tak masuk kelas kut? Ke, dia tunggu aku? Hish, takkanlah. Buntu Zara.
Danish berpaling lalu dia tersenyum. "Hai, lega dah?" Soalnya.
Boleh pulak dia tanya soalan macam tu? "Ape awak buat dekat sini? Awak tak masuk kelas ker?"
Ade ke soalan, dijawab dengan soalan? "Saya tunggu awaklah. Saya tengok awak tadi macam teruk je. Tu yang saya tunggu."
Zara menggaru dahinya yang tidak gatal. Dia tunggu? Gila ker? "Awak tunggu ni ustazah tak marah ker? Awakkan ketua pengawas.. Mana boleh sesuka hati ponteng kelas."
Danish tergelak. "Mestilah ustazah tak marah.. Lagipun saya dah bagitahu dialah.."
Zara menggigit bibir bawahnya. "Okey, kalau ustazah tak marah,.. Kenapa awak tak mintak Dian je yang teman? Yelah, awak tukan lelaki.."
Danish tersengih. Takut Zara melihat lelaki itu. Sekejap senyum, sekejap gelak, sekejap sengih. Bila nak monyok ni?!
"Ala, tadi saya nak cepat.. Sebab ustazah suruh saya bagi awak minyak ni. Tak sempatlah saya nak mintak Dian yang bagi. Alang alang saya dah bagitahu ustazah tu, saya bagilah ni dekat awak." Ujarnya.
Zara hanya mengangguk faham sambil mencapai minyak dari tangan Danish.
Zara dan Danish tergelak gelak apabila mengingati peristiwa itu semula. "Kelakar betollah waktu tu. Tapikan awak, serious sampai sekarang saya tak tahu yang saya sakit perut waktu tu sebab ape. Padahal saya makan makanan sama macam Dian."
Makin kuat Danish ketawa. Zara memukul lengan Danish. Berlapik dengan baju ya kawan kawan!
Husna menarik Salwa ke pokok pokok. Salwa pelik. Dah kenapa pulak ni? Dekat semak pulak tu! "Weyh, kau nak ajak aku buat maksiat ke ape ni?" Soal Salwa.
Husna mencubit lengan Salwa. "Hesh, bukanlah! Kau tengok tuh!" Tunjuk Husna. Salwa melihat Zara sedang berbual dengan seorang lelaki.
"Siapa tu?" Soal Salwa.
"Aku baru nak tanya kau. Aku ingat kau tahu."
"Eh, tapikan.. Aku macam pernah tengok je dia tulah." Salwa Cuba ingat.
"Ouh, dia tulah yang langgar Zara tadi!"
"Tapi kenapa dia boleh happy happy pulak dengan lelaki tu?" Soal Husna. Husna cuba berfikir.
"Hish dia ni, mesti ade skandal dengan mamat tuh! Kurang asam jawalah perempuan tuh!"
Husna memukul lengan Salwa. "Tak elok cakap macam tu. Kita kenalah siasat dia dulu. Jangan tuduh melulu."
Fadhil mengelap air peluhnya dengan tuala kecil yang dijahit oleh Zara. "Aku nak ambik air jap." Ujarnya.
Sedang Fadhil berjalan kesana, dia ternampak Zara sedang bermesra mesraan bersama seorang lelaki. Fadhil menyorok di sebalik pokok pokok berdekatan mereka. "Aku baru tinggalkan kau sekejap, dah buat hal. Siaplah kau nanti Zara.."
Fadhil berjalan menghampiri mereka. Fadhil berdehem. Zara dan Danish berpaling lalu terbangun. "Eh, Fadhil.."
"Siapa dia ni, Zara?" Soal Fadhil sambil memandang Danish.
Danish tersenyum. "Hai, aku Danish. Ex dia."
"Erm, aku Fadhil. Boyfriend dia." Kata Fadhil datar.
"Kata ex, yang kau nak jumpa dia balik kenapa? Nak rampas dia dari akulah nih?"
Fadhil berpeluk tubuh sambil memandang tempat lain. Zara dan Danish tergelak. Fadhil pelik. Lawak ke soalan aku tuh? Nak kena sepak ke ape ni?
"Fadhil, dia ni bukan ex aku.. Sebenarnya dia ni crush akulah.. Kitaorang kawan je. Takde ape ape hubungan yang special pun.." Gelak Zara.
Zara tahu yang Fadhil sedang cemburu. Cemburu buta! Ouh, dia ni saja je nak kenakan akulah!
Fadhil menjadi malu. Dia sengaja berdehem. "Ouh, crush.."
Husna menggoyang goyangkan tangan Salwa. "Weyh, tengok tu. Ade Fadhillah! Kenapa dia kat situ? Dia nak carik gaduh ker?"
Salwa memerhatikan mereka. "Ade drama Hindustan ker ape ni?"
"Hish kau nih, betul betullah!" Marah Husna. Salwa mencebik.
"Manelah aku tahu!"
"Woih, tengok ape tuh?" Sergah Farid.
Husna dan Salwa tercengang cengang mahu berpaling. Kantoilah kalau macam nih.. "Korang berdua buat ape dekat sini?" Soal Ameer pula.
"Kitaorang tengok tuhah. Husna kata diaorang macam nak gaduh. Tapi aku tengok diaorang okeyh jer.."
Kata Salwa. Terbuntang mata Husna apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Salwa tadi.
"Gaduh, yeke?" Soal Ameer.
"Jomlah pergi lagi dekat. Aku nak dengar diaorang bual." Farid menarik lengan Ameer. Salwa dan Husna turut mengekori mereka.
"Yeke takde hubungan yang special?? Aku tengok korang tadi. Bukan main mesra berbual. Gelak gelak, gurau gurau.. Haha, bestnya.."
Zara mengerut dahi. Fadhil ni dah kenapa?! Hish, jeles tahap dewalah dia ni! Geram Zara. "Kau ni dah kenapa?! Kan aku dah kata, takde hubungan yang special.."
"Yeke? Maybe sekarang Takde yang special.. Rasanya, lepas habis ni.. Mesti ade contact contact.. Berchating.. Macam macamlah! Lepastu, couple.."
Zara mengetap bibir. "Danish, danish.. Kau sebenarnya nak rampas Zara dari akukan? Aku rasakan siapalah yang taknak Zarakan.."
"Fadhil, ape yang kau cakap ni!" Marah Zara.
Hati Danish sudah berapi api. Menahan kemarahan. "Ya! Ya, betul ape yang kau cakap tuh! Aku memang nak rampas Zara dari kau! Aku tahu yang korang dah berkahwin. Dan aku tahu sekarang korang dah happy. Aku tahu segala galanya tentang Zara. Sebab ape? Sebab aku,.. Sepupu Zara."
Zara terkejut. Fadhil pula tersengih. Lagi terkejut mereka yang sedang mendengar perbualan mereka itu disebalik pokok. Dah kahwin?!
"What?! Kau dah kahwin Zara? Kenapa kau tak bagitahu kitaorang?! Patutlah bukan main rapat lagi dengan Fadhil!"
Membuntang mata Husna melihat Salwa berada disitu. Bila pulak budak tu pergi situ? Macam mana dia boleh terlepas?!
Zara memicit kepalanya. Satu satu yang datanglah.. "Sori Salwa. Aku,.."
"Salwa, kau nikan.." Husna menarik tangan Salwa. Husna tahu, Zara perlukan masa untuk semua ini. Mesti Zara tak bersedia dengan semua yang berlaku.
Farid dan Ameer masih disitu. "See. Kan aku dah kata yang dia nak rampas kau dari aku."
"Dahlah.. Dah.." Zara memicit micit kepalanya. Zara menjadi pitam.
Zara pengsan.
Fateha berpeluk tubuh sambil memandang adiknya itu. Fadhil hanya menunduk. Takut nak pandang kakaknya itu. "Fadhil, macamana semua ni jadi? Fad buli dia ker? Tadi pengsan. And now, masuk hospital. Ape citer nih?" Soal Fateha.
Fadhil hanya diam. Tidak tahu ingin katakan ape. "Enoughlah fad,.. You're not child. You dah besar. Dah tahu mana betul and mana yang salah. Takkan nak kena akak ajar kut? Akak tahu akak ni seorang guru.. Tapi benda tu fad boleh pikir sendiri. Tak perlu diajar pun. Tolonglah berfikiran matang. You tu dah dewasa dah. Think positive.
Fad dah kahwin,.. So, tolonglah jaga Zara tu elok elok. Kalau dah ade anak nanti macam mana? Akak rasalah lagi susah! Tak reti reti nak berubah!" Marah Fateha.
"Tapi Kak, fad dah jaga dia elok elok dah Kak. Fad selama ni,.. Tak pernah buli dia."
"Dahlah fad. Akak taknak dengar ape ape lagi dah. Fad fikir fikirkanlah ya. Kejap lagi akak ambik barang barang korang dekat kem tu bawak rumah. And kejap lagi mama and papa datang. Nak tengok menantu dia yang sakit tu." Fateha mencapai beg tangannya lalu beredar dari situ.
Fadhil duduk dikerusi bersebelahan katil Zara. Dia memegang tangan Zara. Zara masih tidak menyedarkan dirinya. "I'm so sorry Zara."
"I'm so sorry." Fadhil menunduk. Perlahan lahan air mata mengalir kepipinya.
"I'm sorry, Zara. I'm not a perfect husband. Aku tak jaga kau dengan sebaiknya.. Aku tak jaga hubungan kita... Aku tak cuba untuk berbaik dengan kau.. Kita selalu gaduh.. And, aku selalu sangat buat kau stress.
Tapi aku tetap cuba. Kau ingat tak hari first kita pindah kat rumah tu? Percayalah. Waktu tu, betul betul aku jatuh cinta dekat kau. Aku tak tahu kenapa boleh timbul perasaan tu, tapi.. Memang betul.
And, kau ingat tak haritu? Aku cakap 'I love you' dekat kau? Waktu tu, berdebar debar sangat jantung aku. Lepas aku cakap benda tu, aku rasa sangat malu. Sebab, aku tak tahu jawapan kau." Fadhil meluahkan perasaannya.
Perlahan lahan jari Zara bergerak.
"Fadhil.. Fadhil..." Panggil Zara perlahan.
Fadhil mengangkat muka. "Eh, Zara! Sedar pun! I panggilkan doktor ya Sayang?"
Fadhil bangun. Namun, dihalang oleh Zara. Zara menarik tangan Fadhil perlahan. Zara mencuba untuk duduk. Fadhil membantunya. "Kenapa Zara?"
"I heared that. I heared what did you say just now." Ujarnya.
Fadhil tidak terkata. Tidak tahu ingin membalasnya.
"And yeah.. I love you too. Sayang." Zara senyum.
Fadhil tersenyum ketelinga apabila dapat mendengar jawapan dari yang tersayang. "Seriously, sayang?"
Zara mengangguk lalu memeluk suaminya itu. Perlahan lahan air matanya mengalir. "I love you too." Ulangnya lagi.
"I love you too."
Fadhil meletakkan jarinya dibibir Zara. "Shuht.. Dah cukup kalau you ucapkannya sekali. Dont say anymore."
"And now,.. I want call doctor and nurse. You, duduk sini."
Sekali lagi dihalang oleh Zara. "Anything else mrs Zara?" Zara tersenyum.
"Why must you call the doctor? You're my doctor right?"
Fadhil tersengih lalu mencubit hidung isterinya itu. "You're such naghty girl."
Fateha mengetuk ketuk kepalanya. Kemudian dia menyepak depan kereta Toyota Swift miliknya. Fadhil menolak kerusi roda yang dinaiki oleh Zara. Zara mengerut dahinya.
"Kak what's wrong with you? Any problem?" Soalnya.
Fateha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak cakap dekat diaorang. "Erm, Zara., Fadhil. Actually, my car. Tiba tiba buat hal. Akak tak tahulah sebab ape. Kereta ni tak boleh nak start pulak."
Fadhil mengeluh. "Bukan ke akak dah bawak kereta ni servis last week? Kenapa rosak lagi? Entah entah orang tu tak check kereta ni betul betul. Dahla payment kita yang bayar! Akak samanlah orang tu!"
"Eh, mana boleh macam tuh,.. You tak bolehlah macam tuh.. Bendakan boleh bawak berbincang.."
"Then, sekarang ni kita nak balik naik ape? Takkan teksi kut? Pak Mail dahla cuti harini." Buntu Fadhil.
Zara cuba berfikir. Siapa eh yang boleh ambik sekarang ni? "Hah! Zara tahu! Kita call jelah abang Ameerul! Kalau ikutkan dia nak ambik Zara harini!"
Fateha mengerut dahi. "Siapa dia tu?"
"Abang Ameerul tuh abang Zara lah.. And dia tu, bakal suami akak!"
Makin berkerut dahinya. Ape ni? Main suami suami pulak dah. "Hish Zara ni.. Main cakap je yang dia tu bakal suami akak. Kalau dia dah ade girlfriend macam mana?"
"Ala, akak jangan risaulah, Zara tahu semuanya tentang dia." Ujar Zara dengan tenang.
Zara mendail nombor abangnya. (Eh, sekarang ni mana ade zaman mendail dailkan? Apelah admin nih.. XD ) "helo abang? Abang kat mana nih? Boleh ambik Zara tak? Kereta akak Fateha rosaklah."
"Hah? Rosak? Boleh je abang datang. Tapi siapa Fateha tuh? Cantik tak?" Soal Ameerul. Zara tersengih.
"Kalau abang nak tahu,.. Dia tulah bakal isteri abang! And, mestilah cantik orangnya.." Ujar Zara.
Fadhil yang dibelakang pun nak tergelak dengan apa yang didengarinya. "Ouh, yeke? Kalau macam tuh, abang on the way kesana sekarang!"
Zara terus letak telefonnya. Dia menyimpan semula telefonnya kedalam beg tangan.
1 minit kemudian ...
Pin! Pin! Sebuah kereta BMW menghonkan keretanya. Mereka bertiga berpaling. Ameerul keluar dari perut kereta itu.
"Cepatnya abang sampai." Peranjat Zara.
"Biasalah.." Zara dan Fadhil menyalami Ameerul lalu Ameerul berjalan kearah Fateha. Sempat lagi dia memperbetulkan rambutnya.
"Hi, I'm Jo."
Fateha tersengih. Ouh, sempat lagi kau nak tipu aku ya! "Hi, tapi Zara cakap yang ambik kitaorang tu namanya Ameerul bukan Jo. And dia tu abang Zara. And,.. Who are you?"
Ameerul berasa sedikit malu. Fadhil, apesal kakak kau ni garang sangat?! "Yeah, actually yes. I'm her brother. Ameerul. I saja nak uji you. Haha." Ameerul buat buat gelak.
Fateha tersengih. Hekeleh.. Cover malulah tu. "Dahla I nak cepat ni. Kesian adik you tu. Berpanas. Dahla tengah sakit." Fateha cuba mengalih ke topik yang lain.
"Eh, wait. I want to know your name please."
Fateha membuat mata keatas. Dia ni memang sudah nak giveup lah. "Fateha."
Berbunga bunga hati Ameerul mendengar jawapan wanita itu. Biarlah sepatah. Ianya membawa makna terindah.
Tidak berkelip mata Fadhil dan Zara menyaksikan drama itu tadi. Rupa rupanya, perangai abang dan kakaknya sama saja seperti mereka!
"Lah, tunggu ape lagi tuh? Angkatlah beg beg ni." Tegur Fateha. Ameerul terus tersedar yang dia kini didalam alam nyata. Ameerul membantu Fateha mengangkat barang barang kedalam kereta.
Zara membuka pintu rumah banglo itu perlahan lahan. Haih, pahal gelap gelita rumah ni? Zara menggaru kepalanya. "You, kenapa gelap ni? Mak Kiah takde ker? Takkan dah balik kot sekarang ni?" Soal Zara.
"Manalah I tahu.. You bukaklah lampu. Takkan I yang kena bukak jugak?"
Zara mencebik. Teman shopping pun nak berkira. Zara memetik suis lampu. Tapi yang peliknya, tadi lampu tutup, tapi kipas dan aircon terbuka.
"Surprise!!" Jerit semua orang.
Zara terperanjat. Serious dia memang tak ingat yang harini hari jadinya. Dah nak SPM pun sempat lagi buat birthday party.
"Happy birthday sayang.." Fadhil memeluk bahu Zara.
Zara memukul lengan Fadhil. Suka sangat buat orang terkejut! Fadhil hanya tergelak.
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Zara,
Happy birthday to you.."
Semua menepuk tangan. Zara meniup lilin yang terpacak diatas kek itu. Tiba tiba Zara terdengar bunyi mikrofon.
Semua orang beralih mata kesana. "Ehem, ehem.. Surprise untuk you tak habis lagi ya.. Sayang, I have a surprise to you. And now, I wanna play a song for you, sayang."
Semua orang menepuk tangan. Fadhil mula memetik guitar. Zara pelik. Sejak bila Fadhil main gitar? Surprise gila la harini.
" Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
tenang jiwa ku
bila kau di sisi
Dalam dakapan mu buat ku mati
Hooooooo~
Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu
Jauhhh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku
Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku bila menyentuh mu
Wooo~
Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kepada ku
Akhiri penantian ku
Hooooo~oooo~hoooo
Jauhhhh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku
Jauh
Ku menunggu
Biar ketahuan mu
Disini ku merindu
Jauh
Ku berharap
Kembali kau pada ku
Akhiri penantian ku.."
**Akhiri Penantianku - Aliff Satar
Fadhil berjalan kearah Zara sambil memegang mikrofon. Kemudian, dia melutut dihadapan Zara. Semua orang memerhatikan mereka. Drama apakah yang mereka bawakan itu? Semua orang tertanya tanya termasuk Zara sendiri.
Dia memegang tangan kanan Zara. "Tuan Nurina Izara bt Tuan Syariffudin." Panggil Fadhil dengan nama penuh Zara.
Zara teragak agak ingin menyahut. Dia nak ceraikan aku ke apa nih? "Iye?"
"Sudikah you menjadi isteri I sampai ke Jannah ? Dan berjanji akan menjadi seorang ibu kepada anak anak I?"
"Fadhil, kenapa you buat benda nih? Kan kita dah berkahwin?" Soal Zara pula.
"Yeah, but I tak pernah lagi melamar you. Bagilah I buat. And now, I want your answer." Ujar Fadhil.
Zara memandang sekeliling. Amboi Husna, Salwa.. Ternganga macam tengah tengok cerita Korea! Semua orang menanti jawapan daripada Zara.
"My answer is yes."
Zara dan Fadhil tergelak gelak apabila mengingati peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Zara pun terfikir jugak. Biarlah Fadhil buat lamaran itu. Lagipun, dia tak pernah lagi lamar Zara, so.. Biarlah.
Tengok orang lain melamar perempuan, dia pun nak jugak. Biarlah dah kahwin. Nampak lagi sweet. Boleh berpegangan tangan.
"Tapi i rasa pelik sikitlah." Ujar Zara.
Fadhil mengerut dahi. "You pelik ape? Ade something yang tak betul ke?" Soalnya.
Zara mengangguk. "I peliklah, youkan tak reti main gitar... Tetiba tadi you main gitar sambil menyanyi. Siapa ajar you?"
Fadhil tersenyum. "Ameerlah yang ajarkan. I tahu yang you suka lelaki yang pandai menyanyi, pandai main gitar and piano.."
Zara mengerut dahi sambil tersenyum. "Wow, how did you know? I rasa i tak pernah bagi tahu mummy, daddy and abang."
"I tahu sebab I stalk AskFm you.. I nak tahu ape yang you tak suka and suka.. Tu je."
Zara berasa sedikit terharu. Macam nila yang aku nak! Bagusss! "Macam mana you tahu I ade AskFm??"
"I stalk phone youlah.."
Zara mengangguk faham. "Ouh, ya! Tadi Danish jumpa I."
"I know,. Apa dia nak?"
"Dia just cakap sorry. And dia bagi hadiah. Lepastu dia blah. Tuje." Kata Zara sambil bermain rambut Fadhil.
"So, masalah you dengan semua lelaki dah habislah kan? Senanglah keje I."
Zara menggeleng. "Erm, not yet.. Hareez tuh?"
Fadhil memuncungkan bibirnya sambil berfikir. "Hah! I tahu. Masalah kita dengan diaorang akan selesai tahun depan."
Berkerut dahi Zara. Kenapa pulak tahun depan??
Setahun kemudian ...
Husna mengira surat yang perlu diberi. Satu,.. Dua,.. Tiga.. "Tinggal lapan je. Kau nak bagi siapa lagi surat ni?" Soal Husna.
"Kejap lagi kita hantar dekat rumah Elyana, and then rumah Hareez,.. Lepastu Ameer and Farid." Katanya sambil memandu.
"Rumah Danish? Dia dah tahu ke belom?" Soalnya lagi.
"Family dia dah dapat dah. So, tak payahlah bagi dia lagi." Jawabnya.
Husna mengangguk faham.
"Okeylah, kita dah sampai ni rumah Elyana." Ujar Zara. Husna membuka seatbelt.
Mereka keluar dari perut kereta itu sambil memegang sepucuk surat. "Assalamualaikum!!" Laung Zara dan Husna.
Elyana membuka pintu rumahnya . "waalaikumsalam. Korang buat ape dekat sini?" Elyana membuka pagar rumahnya.
"Elyana. Kitaorang nak bagi surat ni dekat kau. And aku harap kau datanglah." Kata Zara.
"Korang taknak masuk dulu ker? Aku suruh bibik aku buatkan air." Pelawanya. Namun, mereka menggeleng.
"Kitaorang sekejap je. Kejap lagi nak balik rumah dah. Dua jam kitaorang dalam kereta." Kata Husna sambil menghulurkan surat itu kepada Elyana.
Elyana ingin membukanya, namun dihalang oleh Zara. "Janganlah bukak sekarang.. Bukak lepas kitaorang pergi." Ujarnya.
Elyana hanya mengangguk. "Okeylah. Betul ke taknak masuk dulu. Aku yang baru keluar sekejap ni dah rasa panas." Elyana mengipas dirinya dengan surat itu.
"Betul.. Kitaorang nak pergi dah ni. Bye.." Ujar Zara sambil membuka pintu keretanya. Mereka masuk semula kedalam perut kereta itu.
Sebaik saja mereka pergi, terus Elyana membuka surat itu. Tak sabar nak tahu apa yang tertulis didalam surat itu. Membuntang Elyana melihat nama Zara dan Fadhil disitu.
Jadi, betullah benda yang aku dengar setahun lepas tu? Jadi, betullah yang mereka akan berkahwin?! Masin betullah mulut si Ilya dan Marissa! Siaplah diaorang nanti.
Tapi, bila diaorang nikah? Ni mesti nikah sorok sorok ni! Aku Baru ingat nak tackel Fadhil balik selepas SPM! Elyana menghentak hentakkan kakinya.
"Assalamualaikum.. Hareez?!" Zara melaungkan salam dihadapan rumah Hareez.
Hareez yang berada didapur terus berlari keluar apabila mendengar suara Zara. Kenal sangat lah suara awak tuh! "Waalaikumsalam, cik Zara.. Awak nak apa nih? Nak melamar saya ker?" Hareez membuka pagarnya.
Haah, melamar kau datang majlis perkahwinan aku dengan Fadhil! Bisik hati Zara. "Takdelah.. Saya datang ni sebab nak hantar surat kat awak."
Zara menghulurkan surat jemputannya. "Surat cinta ke nih?"
Zara mengangguk. "Haah. Surat cinta.. Eh, tapi awak bukak kejap lagi. Saya kira sampai tiga baru awak buka." Ujar Zara.
Zara masuk kedalam perut keretanya lalu membuka tingkapnya. "Awak, cepatlah kira.. Saya tak sabar nih!"
"Ye, saya kira ya.. Satu,.. Dua .. Tiga!"kira Zara. Hareez terus membuka surat itu dengan laju.
Membuntang mata Hareez apabila melihat nama Zara dan Fadhil terpampang di muka hadapan surat itu. "What?!" Hareez terjerit kecil.
Zara sudah menghidupkan keretanya lalu beredar dari situ. "Eh, Zara!" Hareez cuba mengejar kereta itu.
Zara menghentikan keretanya secara terkejut. Kemudian, dia membuka tingkapnya. Dia mengelurkan kepalanya sedikit. "Jangan lupa datang tau!" Jerit Zara.
Dia terus memandu keretanya beredar dari situ. Zara dan Husna ketawa terbahak bahak didalam kereta.
Muka Hareez menjadi merah. Sanggup kau buat aku macam nih! Hareez mengepal tumbukan.
Majlis perkahwinan Zara dan Fadhil diadakan dengan besar besaran. Biasalah, bila majlis pernikahan kecil kecilan.. Majlis perkahwinan mesti nak buat besar besaran..Majlis perkahwinan mereka diadakan dengan Fateha dan Ameerul sekali. Seperti yang dirancang oleh Puan Shahila dan Datin Lydia, Ameerul dan Fateha mesti berkahwin sekali ketika perkahwinan Zara dan Fadhil.
Majlis pertunangan dan pernikahan mereka telahpun berlangsung bulan lepas. Dan kini, tinggal bersanding di pelamin saja.
Perkahwinan mereka berempat sungguh meriah sekali. Ramai orang yang dijemput ke majlis perkahwinan mereka.
Tersenyum sipu si pengantin. Sedikit perasaan malu didalam hati bercampur dengan perasaan gembira, sedih. Malu kerana duduk diatas pelamin dan diperhatikan oleh orang ramai. Gembira kerana dapat menamatkan zaman bujang, dan akan memulakan kehidupan baharu.
Sedih pula hanya kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang dan akan memulakan hidup yang baru bersama keluarga baru. Iaitu isteri, dan anak anak.
"Baiklah, sekarang ni.. Kedua dua pengantin perempuan akan membaling bunga ke bawah. Bersedialah wahai wanita wanita sekalian untuk menangkap bunga itu." Kata pengacara majlis.
Semua perempuan sudah bersedia dibawah pelamin. Ade juga lelaki yang menunggu dibawah itu.
Juru pengacara majlis itu mengira. "Satu, dua, tiga!"
Fateha dan Zara membaling bunga kebawah. Terjerit jerit para wanita dibawah itu. Bunga Zara telah ditangkap oleh Elyana. Manakala bunga yang dipegang oleh Fateha tadi ditangkap oleh Danish.
Semua orang menepuk tangan. Jodoh ke apa nih? Silap hari bulan, lagi beberapa bulan je.. Dah dapat surat jemputan dari Danish dan Elyana.
Elyana tersenyum malu malu. Semua yang disitu sengaja mendekatkan Elyana ke Danish. "Aih, jodoh ke ape nih? Harini memang hari mencari jodoh sedunia ker?" Soal pengacara majlis. Semua yang berada didewan itu tergelak.
8 bulan kemudian ...
Zara bermain main dengan air dikolam sambil mengusap perut boyotnya itu. "Herm, tak lama lagi anak mummy ni nak keluar dah.."
Fadhil tercari cari dimana isterinya itu. Tiba tiba menghilang pulak. Takut nanti kang. Terberanak pulak.
Fadhil tersengih apabila ternampak isterinya itu sedang bermain air. Alolo, comelnya dia.. "Sayang.. You buat apa dekat sini? Mummy mana?"
Fadhil melabuhkan punngungnya disebelah Zara. Zara tersenyum. "Saje main air.. Mummy dekat dapur, masak katanya." Fadhil memeluk bahu isterinya.
"You ni, dahnak jadi mummy pun still perangai macam budak budak." Ujar Fadhil.
Zara bersandar didada Fadhil. "Mana ade. Biasa je. Macam selalu.."
Tiba tiba Zara terasa perutnya sakit. "You."
"Hemm?"
"I rasa perut I sakitlah.” adu Zara. Fadhil terus bangun. Risau akan keadaan Zara. Entah entah nak beranak?
"You, takkan you nak beranak dah? Bukan lambat lagi ker" Fadhil menjadi gelabah. Peluh di kepalanya makin banyak.
Zara menyerang kesakitan. "Arrh!!!!!!!" Jerit Zara sekuat hati.
Fadhil tidak tahu ingin lakukan aoa. Dia menjadi buntu. Fadhil berjalan kehulur kehilir.
"You!!! panggillah mummy!" Jerit Zara.
"Hah! Ye! Mummy!! Daddy!! Zara nak beranak dah!!" Panggil Fadhil.
Puan Shahila dan Tuan Syariffudin berlari lari kesitu. "Ya Allah Zara!! Fadhil, Jom bawak Zara pergi hospital!"
Fadhil hanya mengangguk. Tuan Syariffudin dan Puan Shahila membantu Zara untuk berjalan.
4 jam kemudian ...
Doktor keluar dari bilik bersalin itu. Fadhil sudah tidak bermaya. Dari tadi memikirkan isterinya. "Hah, doktor. Macam mana dengan isteri saya? Anak saya?"
"Alhamdulillah, isteri anda selamat melahirkan dua pasang kembar." Ujar Dr Azlin.
Semua yang berada disitu terkejut. Dua pasang terus? "Wow, empat sekali gus? Ape kau buat Fad?" Soal Ameerul. Fateha mencubit perut Ameerul.
"Tapi, macam manadengan isteri saya doktor?" Soal Fadhil.
"Dia selamat. Kami sudah pindahkannya di ward." Kata doktor Azlin.
Fadhil mengucap syukur. Terima kasih , Ya Allah kerana kau telah menyelamatkan isteriku bersama anak anak ku.
Kini, mereka sudah menjadi keluarga yang sangat bahagia. Dan kini, Fadhil sudah ade keluarga yang besar. Fadhil bersyukur sangat dapat isteri yang sebegitu.
Kini, mereka bukanlah berdua lagi. Mereka sekarang sudah berenam. Bukan mudah Fadhil dan Zara ingin meluangkan bersama anak anaknya. Lagi lagi mereka sedang belajar, dan mereka masih lagi muda.
Belajar belajar jugak, anak anak pun penting! Ingat tu!
Jadi, beginilah kisah Si gangster sekolah dan Si Gadis Comel. Mereka melalui pelbagai cabaran bersama. Dulu, bukan main bermusuh. Sekarang, bukan main sweet lagi. Spaikan drama mermbuatkan orang cembur! Yang perempuan cantik, yang lelaki kacak.
~TAMAT...~
####hye, seronok baca?
#### sebelum tu, saya nak mintak maaf dulu. Cerpen saya yang first tuh, pendek sebab saya baru first time buat.
#### and, kalau nak tahu.. Saya tak pernah baca cerpen. Saya selalu baca novel jer.😂😂😂
Best sangat2 good job penulis ππ
ReplyDeleteLove itπ buat lah lagi π
ReplyDeleteBest baca sengih sorang-sorang"π btw crta nie mmg bestt buat lh lgiππ
ReplyDeleteBolehlah cuma lps ni try buat perenggan eh kalau panjng mcm ni buat pening nak baca
ReplyDeleteBestt sangattt2ππ
ReplyDeletemcm mne nk dpt biodata penulis
ReplyDeleteBest sangat
ReplyDeletebest sangat..
ReplyDeleteDua pasang kembar terus
ReplyDeleteBest!nanti buat lagi
ReplyDeleteBest nanti buat lagi tak sabar nye
ReplyDeleteBest nya citer ni nnty bt lgi ....
ReplyDeleteBestnya sis..
ReplyDeleteBila nk wat lgi lma dh tggu
bestt! sweet je
ReplyDelete